Bagaimana membina reputasi di TradingView?

Penyumbang-penyumbang sering bertanya bagaimana mereka dapat menarik perhatian komuniti dan mendapat lebih pembaca yang menyukai idea terbitan mereka. Bagi ahli-ahli yang baru dan kurang dikenali dan belum lagi mempunyai rekod pencapaian dalam TradingView, tugas mencari dedahan merupakan suatu cabaran dan mungkin nampak seakan-akan mustahil. Dengan jutaan idea yang diterbitkan dan ribuan idea baru dicatitkan setiap hari daripada pedagang di seluruh dunia, bagaimanakah anda boleh mendapat perhatian orang ramai?

 

Anda boleh membina reputasi dengan menghasilkan kandungan yang bernilai untuk komuniti. Ini perlu dijadikan fokus utama anda. Tampak cukup mudah kan? Mungkin tidak sebegitu mudah? Jangan bimbang, kami tahu langkah pertama selalunya yang paling susah, di sini terdapat 10 tips supaya anda dapat bermula di landasan yang betul. Jikalau anda baru bermula menerbitkan idea, tips ini boleh bantu anda mulakan dengan betul dan mendapat penghormatan orang ramai. Jika anda sudah pernah menerbitkan idea-idea tetapi ingin lebih menonjol, tips ini akan memperlihatkan bidang yang anda boleh baiki. Aplikasikan tips ini, tingkatkan tahap anda, dan dapatkan perhatian! Dalam profil pengguna anda terdapat statistik lengkap untuk membantu anda menjejaki perkembangan anda.

 

  1. Bertanya mengapa lebih penting daripada apa. TradingView bukanlah tempat untuk mencari panggilan belian ataupun jualan. Komuniti kami didorong oleh pengkajian rakan sebaya berasaskan kaedah saintifik: untuk berkongsi, mengulas, mengkritik, mempelajari, dan membina daripada idea yang jelas berguna supaya keuntungan dimaksimumkan. Ini adalah salah satu kekuatan teras kami. Jadi jangan beritahu saja ke mana pasaran akan tuju, jelaskan dan kongsikan mengapa anda mendapat hipotesis ini. Gunakan alatan lukis untuk menggambarkan analisa anda dan memberikannya penerangan yang bermakna. Perincian tentang harga untung sasaran dan renti rugi juga pasti menambah markah kerana ianya membantu orang ramai lebih memahami idea anda.

 

  1. Campur aduk! Jangan hanya terbitkan idea-idea dagangan anda dan memasukkan catatan lain-lain yang berkaitan untuk menarik perhatian. Pendidikan adalah salah satu aset yang paling berharga dan pengguna-pengguna sememangnya suka catatan yang bernas dan berpendidikan. Jika dibuat dengan baik, catatan-catatan itu boleh mendapat ratusan sukaan dan ribuan bacaan. Banyak sangat topik yang anda boleh pilih! Kongsikanlah pandangan anda tentang psikologi dagang, berilah nasihat tentang pengurusan kewangan, serlahkan pelan dagang anda, jelaskan bagaimana anda menetapkan sasaran, bagilah konfigurasi terperinci corak harga, senaraikan 10 tips kegemaran anda, sediakan ruang untuk tulisan berkaitan dagagan, ataupun gambarkan suatu pengalaman peribadi…tidak ada had langsung. Bersikap kreatif dan tawanilah pembaca anda!

 

  1. Penyampaian adalah segala-galanya. Tajuk yang memikat hati memang membantu, tetapi benda yang pertama-tama menarik perhatian orang adalah carta. Elakkan daripada kelumpuhan analisis, buatnya nampak profesional, seimbang, dan kemas. Dengan menjadikannya ringkas dan terurus, orang ramai dapatlah mencekau pandangan pasaran anda secara intuitif. Idea yang dipersembahkan dengan bagus akan disertakan dalam suapan sohor kini dalam laman utama kami, seterusnya meningkatkan lagi dedahannya. Mereka disusun mengikut populariti dalam komuniti dan carta-carta di posisi atas boleh mendapat ribuan tatapan. Reka bentuk carta yang tersendiri juga boleh menyerlahkan lagi terbitan anda.

 

  1. Kualiti mengatasi kuantiti. Elakkan daripada permainan volum: cubaan tergesa-gesa untuk membina reputasi dengan menerbitkan idea-idea yang separuh masak dan akibatnya setiap terbitan hanya mendapat beberapa sukaan. Satu idea yang bernas akan menghasilkan lebih nilai, nampak lebih menawan, dan lebih poin reputasi daripada beberapa idea yang separuh masak. Komuniti kami terkenal dengan idea-idea yang cerdik dan berguna, jadi janganlah terbitkan carta-carta yang tidak mencapai piawaian. Kandungan berkualiti akan mengekalkan nilainya. Anda boleh mengkajinya selepas beberapa bulan dan masih dapat pelajari sesuatu, dan ini secara organik menarik lebih pengikut-pengikut dan sukaan. Semua analisa yang diterbitkan dalam TradingView kekal kelihatan di khalayak ramai, tiada pengguna mahupun kakitangan boleh memadamkan idea itu selepas ianya diterbitkan. Jadi, kenapa tidak berikan yang terbaik? Sedarlah bahawa penyumbang yang menerbitkan lebih daripada 5 idea harian jarang menghasilkan kandungan berkualiti. Ini suatu yang perlu diingati selalu… 

 

  1. Mendapat carian. Instrumen yang sering dicari adalah EURUSD, Emas, SPX500, Minyak, dan GBPUSD. Jangka masa yang paling popular bermula dari 1 jam hingga 1 hari. Dengan mengambil kira faktor-faktor tersebut, peluang untuk idea anda disertakan dalam carian popular akan meningkat. Contohnya, analisa mingguan untuk saham Abiomed barangkali akan kurang diperhatikan berbanding analisa sejam untuk Emas. Penggunaan tag-tag pintar akan membenarkan orang ramai mencari idea-idea anda, sementara pautan kepada tag-tag yang serupa akan membantu dalam penemuan idea tersebut. Bantulah diri anda mencapai kejayaan! Suatu lagi strategi yang hebat adalah menerbitkan idea-idea untuk simbol-simbol yang tidak ada ataupun kurang terbitannya. Jadilah penyumbang pertama dan dapatkan perhatian ramai!

 

  1. Mendakap maklum balas. Bila anda membalas komen secara tepat, bernilai, dan secara positif, ini dengan semula jadi akan mengilhami lebih banyak komen-komen. Perbincangan idea-idea secara umum adalah suatu ciri penting yang menjana banyak nilai dan memberi suatu cara bagus untuk berinteraksi dengan mereka yang berminat dengan pandangan anda. Jadi kongsikanlah pengetahuan anda dan pelajari daripada yang lain. Hormati sesama sendiri, biarpun ada seseorang memberi pendapat yang bertentangan. Perbahasan yang baik dan mempunyai hujah-hujah kuat dapat membawa nilai bagi kedua-dua belah pihak. Komuniti Tradingview adalah aktif dan terlibat, dengan terbitan lebih daripada 600 komen setiap hari, idea-idea yang bertaraf tinggi boleh memperoleh ratusan komen dari masa ke masa. Mendakap kritikan yang membina dapat membantu anda mempertingkat kredibiliti anda dalam suatu jangka masa dan mempengaruhi profil anda secara positif di masa hadapan.

 

  1. Mengemas kini idea-idea anda. Gunakan ciri kemas kini status bagi memberi kemas kini pantas mengenai pengurusan dagangan yang diterbitkan atau untuk menambah maklumat penting mengenai idea asal anda. Menerusi garis masa di bawah carta, anda dapat menunjukkan sama ada dagangan itu aktif, apakah pengaruh berita terhadapnya, atau jika sasarannya telah tercapai. Dengan bantuan snapshot, anda boleh memperlihatkan bagaimana tindakan harga berkembang sepanjang masa. Ini menjadikan idea anda lebih bermaklumat dan dinamik, menawan perhatian pembaca anda, dan menghasilkan bacaan dan sukaan tambahan. Pengikut-pengikut anda juga akan mendapat pemberitahuan segera mengenai sebarang kemas kini yang berlaku.

 

 

  1. Setiap orang ada sesuatu untuk dikongsi. Di antara penyumbang-penyumbang kami adalah pedagang yang berpengalaman dan mempunyai strategi terbukti, mereka juga menyumbangkan kandungan yang cukup hebat. Sebilangan ahli-ahli percaya bahawa hanya mereka yang layak menerbitkan idea-idea mereka. Some members even believe that only they should be able to publish ideas. Kami tidak bersetuju langsung. Kami percaya bahawa pedagang dari semua lapisan mempunyai sesuatu untuk dikongsi, sama ada suatu peluang dagang yang bagus, satu tip berharga, atau suatu pandangan mendalam.

 

Terdapat 5 cara ini boleh berfungsi:

  • Ianya dapat membantu orang lain
  • Anda belajar daripada maklum balas yang diterima
  • Anda berpegang kepada tanggungjawab kendiri
  • Anda melihat sendiri membuat peningkatan
  • Anda membina reputasi dalam ruang kewangan atas talian.

 

Apabila anda berkongsi tentang perjalanan anda menjadi seorang pedagang yang kian maju dalam satu jurnal dagang yang terbuka kepada orang awam, ianya mempunyai nilai yang berharga. 

 

  1. Kejujuran. Elakkan daripada menerbitkan kaunter untung yang sudah lepas ataupun idea-idea yang harganya telah meningkat dengan ketara ke arah sasaran anda sebelum anda menerbitkannya. Jangan cuma kemas kini kaunter-kaunter untung, atau menuntut keuntungan bagi kaunter yang rugi. Mungkin rasanya seperti naluri anda buat anda begini, tetapi ianya tidaklah rasa adil kan? Selain itu, perbuatan tersebut tidak memanfaatkan kerana kepercayaan yang anda usahakan bersungguh-sungguh akan hilang begitu sahaja. Ini betul-betul akan merosakkan reputasi anda. Pengguna-pengguna kami adalah komuniti yang mempunyai sentuhan kefahaman terhadap sifat pasaran, mereka tahu tiap-tiap orang berkemungkinan besar akan membuat kesalahan pada suatu ketika. Miliki kesalahan anda. Untuk maju dalam apa jua perkara anda perlulah jujur sepenuhnya terhadap kejayaan dan juga kegagalan anda. Yang paling penting jujurlah degan diri anda terdahulu. Oleh itu milikilah dagangan rugi dan perlakukan mereka sebagai peluang untuk maju lagi. Sifat ini akan membantu anda dalam jangka masa yang lama. Anggapkannya sebagai suatu jurnal. Apabila anda menerbitkan sesuatu analisis, anda boleh meninjau kembali dalam masa mingguan, bulanan, bahkan bertahun kemudian dan masih pelajari sesuatu daripadanya. Kejujuran itu polisi yang terbaik!

 

  1. Bersabar. Jangan harapkan yang tumpuan dan ikutan akan tiba-tiba berlaku. Ingatilah bahawa apa yang datang dengan pantas, tidak akan tahan lama. Walaupun terbitan anda yang sulung adalah bagus, mungkin hanya dapat beberapa sukaan sahaja. Tetapi janganlah putus asa. Teruskan untuk berkongsi idea-idea dan anda akan dihormati dan menarik minat daripada komuniti secara beransur-ansur. Jika anda menawarkan perkhidmatan yang bagus, janganlah tergesa-gesa hendak membuat jualan pada hari pertama. Tingkatkan peluang anda dengan memperoleh pengiktirafan dan kepercayaan melalui terbitan kandungan yang berkualiti. Usaha ini memang berbaloi kerana sifat manusia lebih gemar membeli daripada orang yang dipercayai.

 

Gunalah petua-petua ini untuk membantu anda meningkatkan reputasi dan mencipta nama anda. Aplikasikan mereka, gunakan mereka untuk merangsangkan reputasi anda dan membawa idea-idea yang hebat! Kami mengharapkan anda dapat melibatkan komuniti kami dengan cara terbaik!