Penjelasan Lanjut Mengenai Pengesahan Dua-Faktor

Pengesahan Dua-Faktor merupakan ciri keselamatan tambahan untuk melindungi akaun anda dari penggodam. Apabila anda mengaktifkan Pengesahan Dua-Faktor, anda perlu menjana dan memasukkan kod pakai buang selepas mengisi kata laluan anda setiap kali anda ingin log masuk ke dalam akaun anda. 

Terdapat dua cara untuk menjana dan menerima kod pakai buang bagi Pengesahan Dua - Faktor bagi akaun TradingView anda:

TradingView mengesyorkan penggunakan aplikasi pengesahan untuk menjana kod pakai buang anda kerana aplikasi tersebut lebih selamat dan diyakini berbanding sistem pesanan ringkas (SMS). Sistem pesanan ringkas mungkin tidak terdapat pada semua negara dan terdapat kemungkinan kelewatan dalam penerimaan kod pakai buang anda.

Sebagai alternatif kepada kod pakai buang, anda akan mendapat senarai kod sandaran yang akan dijana secara automatik selepas anda mengaktifkan pengesahan dua-faktor.

Kod sandaran ini hendaklah disimpan di tempat yang selamat supaya anda tidak kehilangan akses kepada akaun anda. Sebagai langkah keselamatan, pihak TradingView mungkin tidak dapat mengembalikan akses kepada akaun anda sekiranya maklumat log masuk dan kod sandaran telah hilang apabila anda telah mengaktifkan pengesahan dua-faktor.