Anjakan Fib Automatik
Definisi
Anjakan Fib (Fibonnaci retracement) adalah instrumen popular yang digunakan oleh penganalisis teknikal untuk menentukan kawasan sokongan dan rintangan. Dalam analisis teknikal, alat ini dibuat dengan mengambil dua titik ekstrim (biasanya puncak dan minimum) pada carta dan membahagi jarak menegak dengan Fibonacci utama sama dengan 23.6%, 38.2%, 50%, 61.8%, dan 100 %.
Setelah tahap ini ditentukan, garis mendatar kemudian dilukis dan digunakan untuk menentukan tahap sokongan dan rintangan yang berpotensi.
Semasa menggunakan penunjuk Anjakan Fib Automatik (Auto fib), tidak perlu menetapkan dua titik secara eksplisit, seperti yang dilakukan ketika menggunakan alat Fib Retracement(Anjakan Fib). Penunjuk ini akan melakukan segalanya untuk anda.
Untuk menggunakan alat ini, buka Penunjuk pada carta anda dan cari Anjakan Fib Automatik di tab Terbina Dalam.
Anda juga boleh menemuinya di Pine Editor melalui tab baru - Anjakan Fib Automatik.
Sejarah
Anjakan Fib Automatik dicipta untuk analisis teknikal dan digunakan untuk memahami dan menentukan tahap sokongan dan rintangan di pasaran. Ianya dinamakan bersempena penggunaan urutan Fibonacci dan ia berdasarkan pada teori bahawa pasaran akan menganjak untuk sesuatu jarak yang dijangka sebelum meneruskan pergerakan asalnya.
Input
Sisihan
Sisihan adalah pengganda yang menentukan berapa banyak harga sepatutnya menyisih daripada pangsi (pivot) yang sebelumnya untuk membina pangsi yang baru.
Kedalaman
Kedalaman mempengaruhi bilangan minimum bar yang akan diambil kira semasa membina.
Panjangkan Garis
Panjangkan garis kiri / kanan adalah lanjutan garis yang tidak terhingga pada carta ke kiri / kanan.
Berbalik
Berbalik ialah susunan garis terbalik.
Harga
Harga menunjukkan semua harga.
Aras
Aras menunjukkan semua aras.
Format aras
Format aras adalah format untuk memaparkan aras. Ia termasuk nilai dan nila peratusan.
Ringkasan
Kesimpulannya, ini merupakan penunjuk yang telah lama dinanti-nantikan untuk ditambah kepada senarai alat analisis teknikal kami. Banyak pedagang dan pelabur menghargai alat ini dan menggunakan nisbah Fibonacci dan anjakan untuk membuka posisi dagangan dalam trend harga jangka panjang. Anjakan Fib Automatik boleh menjadi lebih berjaya apabila digunakan dengan alat dan penunjuk lain.