Saya telah menukar tetapan ‘resolusi’ dan kini penunjuk saya menunjukkan ‘Ø’

Beberapa penunjuk di TradingView mempunyai tetapan ‘resolusi’ yang membenarkan penggunaan fungsi MTF. Tetapan ini membenarkan anda mengira penunjuk pada rangka masa yang berbeza dari yang sedia ada di carta. Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut dengan membaca mengenai fungsi MTF di Pusat Bantuan kami.

Jika tetapan 'rangka masa' di tetapkan kepada rangka masa yang lebih tinggi daripada yang ada di carta dan pilihan "Tunggu rangka masa menutup" diaktifkan, plot penunjuk akan memulangkan Ø pada kebanyakan bar dan bukannya satu nilai berangka. Sebagai contoh, mari bermula dengan membuka carta 1 minit dan menambahkan penunjuk Purata Bergerak (MA) yang melakukan pengiraan berdasarkan data dari rangka masa 5 minit. Lihat di sini:

Seperti yang anda boleh lihat di sudut atas kiri, penunjuk MA memaparkan Ø walaupun ia sepatutnya memaparkan nilai berangka. Kenapa ini terjadi?

Apabila penunjuk meminta data daripada rangka masa 5 minit, ia akan mendapat satu nilai MA untuk setiap lima minit. Pada carta, satu bar adalah sama dengan masa 1 minit, jadi kita akan mendapat lima kali ganda data untuk carta itu sendiri daripada untuk penunjuk. Secara efektifnya, untuk setiap lima bar, kita hanya ada satu nilai MA.

Untuk melukis penunjuk dalam kes ini, kami telah meletakkan nilai MA kepada setiap bar kelima dan menyambungkannya dengan garisan lurus. Dengan ini, kita akan mendapat satu MA yang lancar di mana setiap bar kelima ada mempunyai nilai MA, sementara kesemua bar di tengah-tengah tiada nilai MA – mereka sebaliknya akan memaparkan nilai Ø.

Jika anda menukar gaya petunjuk kepada Garisan Dengan Henti di dalam tetapannya, anda akan melihat di mana tempat nilai sebenar diletakkan. Dengan gaya ini, nilai tidak lagi diletakkan bersama dengan garisan.

Pada data masa nyata, penunjuk akan dilukis hanya sehingga bar tertutup terakhir pada rangka masa penunjuk. Dalam contoh yang diberikan, nilai MA hanya akan terlambat 1-4 bar di belakang carta kerana bar 5 minit yang digunakan oleh penunjuk masih belum ditutup. Satu nilai baru akan wujud sebaik sahaja bar 5 minit menutup jadi perkara ini akan terjadi setiap lima minit.