Kaedah pembayaran saya tidak berfungsi, apakah kesilapan saya dan apa yang boleh saya lakukan?

Ini bukanlah perkara luar biasa seperti yang anda fikirkan. Di TradingView, kami mempunyai langkah-langkah untuk memudahkan ahli-ahli yang mengalami masalah kaedah pembayaran bagi meneruskan pembayaran dan membeli pelan langganan kami.

Sekiranya anda mengalami masalah, kami menggalakkan anda untuk terlebih dahulu mencuba dan menukar kaedah pembayaran pada tab Akaun & Pengebilan di halaman Tetapan Profil anda. Pengguna boleh membuat bayaran dengan kad kredit berikut: Visa, Delta, Electron, MasterCard, Eurocard, Maestro, JCB, UnionPay dan American Express. Kami juga menerima kad debit yang mempunyai logo Visa atau MasterCard.

Selain itu, pengguna boleh membayar dengan menggunakan akaun PayPal atau Apple Pay.

Kami juga menerima pembayaran kripto untuk pelan tahunan. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti pautan ini.

Anda bahkan juga boleh membeli langganan Pro dengan Syiling TradingView yang tersedia untuk belian di laman web kami. Sila ambil maklum bahawa anda mempunyai peluang untuk menjana Syiling TradingView, lihat di sini untuk maklumat lebih lanjut.

Sekiranya satu kaedah pembayaran seperti tidak berjaya, terus dan cuba kaedah yang lain.

Jika anda mempunyai masalah pembayaran di aplikasi mudah alih, sila ambil maklum bahawa anda boleh menggunakan kaedah pembayaran yang disokong oleh App Store atau Google play. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan bantuan kedai-kedai berkenaan.