Advance/Decline Line

Definisi

Advance decline line dikenali kerana kesederhanaanya dalam menunjukkan bilangan saham menaik berbanding bilangan saham menurun setiap hari. Penunjuk ini digunakan untuk mengetahui suasana pasaran (market breadth), dalam kata lain, tahap kesihatan pasaran secara keseluruhan. Jika advance decline line menaik ke atas, ia bermaksud lebih banyak saham sedang menaik berbanding saham menurun. Jika ia menurun ke bawah, bermaksud lebih banyak saham sedang menurun daripada menaik.

Sejarah

Salah satu penggunaan terawal penunjuk suasana pasaran ini adalah pada hujung tahun 1930 sebagai satu elemen dalam analisa penyelidikan di New York Stock Exchange (NYSE). Advance decline line digunakan untuk membentuk satu rekod sejarah untuk naik dan turun, volum dan keuntungan termasuk kerugian di NYSE dalam awal 30an.

Walaupun teori untuk advance decline line telah dibangunkan pada tahun 1930, ia tidak menjadi popular sehingga tahun 1960, di mana ia digunakan dalam “Dow Theory Letters” yang sangat popular yang ditulis oleh Richard Russell.

Bagaimana mengiranya sendiri

  1. Tolak bilangan saham yang menutup lebih rendah pada hari ini daripada bilangan saham yang menutup lebih tinggi. Ini mewakili bilangan bersih kenaikan.
  2. Pada penutup hari dagangan esok, lakukan seperti Langkah 1. Kecuali untuk kali ini, jika jumlah adalah positif, tambahkannya kepada jumlah hari semalam. Jika negatif, tolak dari jumlah hari semalam. 
  3. Ulang kedua-dua langkah 1 dan 2 setiap hari.

Pemerhatian

Advance decline line adalah satu penunjuk suasana pasaran (market breadth) yang digunakan untuk menunjukkan sebanyak mana saham terbabit dalam satu pasaran menaik atau menurun. Ia adalah bagaimana anda mengukur penglibatan pasaran untuk mengesahkan kenaikan atau penurunan (uptrend/downtrend).

Advance decline line tidak berkolerasi dengan sempurna dengan pasaran dan kadang-kala kedua-duanya boleh mencapah. Jika indeks utama melakukan rali dan advance decline line jatuh, ini menunjukkan bilangan saham yang kurang terbabit dalam rali dan boleh bermaksud bahawa indeks sedang menghampiri penamat kepada rali. Apabila indeks utama jatuh, satu advance decline line menurun akan mengesahkan arah aliran keseluruhan sedang menurun. Jika, indeks utama jatuh tetapi advance decline line menaik, ini bermaksud kurang bilangan saham yang sedang menurun dalam keseluruhan pasaran. Ini boleh bermaksud indeks mungkin sedang menghampiri penamat kepada penurunannya.

Apa yang perlu diperhatikan

Advance decline line digunakan untuk mengesahkan kekuatan satu arah aliran semasa dan kemungkinan arah aliran itu akan melakukan balikan. Penunjuk ini menunjukkan apakah arah pasaran akan kelihatan bergantung kepada penyertaan saham.

Pencapahan bearis (Bearish divergence): Jika indeks semakin menaik tetapi advance decline line menurun ke bawah, ia adalah satu tanda bahawa pasaran akan melakukan balikan arah. Jika advance decline line menaik ke atas dan pasaran menunjukkan satu arah aliran menurun (downward trend), pasaran berkemungkinan besar adalah sihat.

Pencapahan bulis (Bullish divergence): Sebaliknya, jika indeks kekal turun lebih rendah dan advance decline line menunjukkan satu arah aliran menaik (upward trend), ia boleh jadi satu pemberitahuan untuk menunjukkan bahawa penjual semakin melemah. Jika advance decline line dan pasaran kedua-duanya menunjukkan satu arah aliran menurun, ini menunjukkan adanya kemungkinan besar harga akan semakin menurun.

Kesimpulan

Advance decline line menjejak arah aliran pasaran ke atas dan ke bawah (uptrend/downtrend) dan adalah asas untuk mengesahkan arah aliran harga (price trend) dalam indeks utama atau mengesan pencapahan (divergence) yang boleh menunjukkan satu balikan (reversal). Gunakannya untuk menjejak suasana pasaran (market breadth), bilangan saham yang terlibat dalam pasaran atau memberikan amaran kepada anda kedatangan balikan.