Strategi Bollinger Bands

Definisi

Strategi Bollinger Bands selalunya digunakan dengan bantuan penunjuk-penunjuk lain untuk melakukan keputusan dagangan termaklum dan strategik. Bollinger Bands mengandungi tiga jalur (band) secara keseluruhan: jalur atas, jalur tengah dan jalur bawah. Jalur-jalur berbeza ini setiap satunya digunakan untuk menyerlahkan harga-harga ekstrem dalam sekuriti tertentu. Jalur atas dikaitkan dengan sekuriti terlebih beli (overbought), manakala jalur bawah menunjukkan kepada sekuriti yang terlebih jual (oversold), dan jalur tengah berfungsi sebagai satu moving average.  

Adalah biasa selepas jalur bawah dipecahkan dengan jualan kuat untuk harga saham kembali naik semula lebih tinggi dari titik jalur bawah dan mula bergerak menghampiri jalur tengah. Strategi Bollinger Bands adalah khas untuk mendapatkan keuntungan daripada keadaan sebegini - di mana strategi mahukan satu penutup di bawah jalur bawah. Jadi, boleh dikatakan bahawa membeli apabila Bollinger Band bawah dipecahkan adalah satu cara tertentu pedagang dan penganalisa dapat mengambil peluang semasa keadaan terlebih jual.

Sejarah

Bollinger Bands dicipta pada tahun 1980 an oleh John Bollinger. Strategi ini telah menjadi salah satu alat yang paling kerap digunakan oleh penganalisa teknikal semenjak penciptaannya menjelang akhir abad ke 20.

Pemerhatian dan apa yang perlu diperhatikan

Strategi Bollinger Bands adalah selalunya digunakan untuk mencari keadaan pasaran terlebih jual. Akan tetapi, ada masanya strategi ini betul tetapi tekanan jualan masih berterusan. Pada keadaan sebegini, adalah sukar untuk menentukan bilakah tekanan jualan akan berhenti dan disebabkan itu, satu jenis perlindungan diperlukan setelah ada keputusan untuk membeli. 

Pesanan henti rugi (stop-loss) adalah satu daripada banyak strategi yang dicipta untuk melindungi pedagang dan penganalisa daripada dagngan yang terus mengekori jalur lebih rendah dari sepatutnya. 

Kelemahan

Ada beberapa kelemahan untuk strategi ini, tetapi mereka selalunya bergantung kepada kes-kes tertentu dan bagaimana strategi digunakan untuk menjejak arah aliran pasaran. Harga merupakan satu faktor yang tidak selalunya melantun semula dengan strategi Bollinger Bands. Walaupun strategi boleh selalunya membetulkan diri sendiri, ini tidak bermakna pedagang dan pelabur tidak mengalami kerugian ketara disebabkan kelewatan lantunan semula (rebound delay).

Sebagai tambahan, seperti yang disebutkan di atas, adalah sukar untuk menentukan bila tekanan jualan akan berhenti dan adalah penting untuk strategi ini digabungkan dengan perlindungan yang akan memastikan kestabilan apabila pedagang memutuskan untuk terus membeli y to be paired with a protection that will ensure stability when a trader has decided to go ahead with a buy.

Kesimpulan

Strategi Bollinger Bands selalunya digunakan dengan bantuan penunjuk-penunjuk lain untuk melakukan keputusan dagangan strategik berdasarkan kepada status pasaran dan posisi saham. Apabila ada tekanan jualan yang konsisten, dan tekanan ini tidak dibetulkan dengan cepat, saham akan kemudiannya melalukan kerendahan baru dan jatuh ke dalam keadaan terlebih jual (oversold). Untuk mengunakan strategi Bollinger Band dengan lebih efektif, adalah dinasihatkan supaya anda mempunyai strategi keluar yang sesuai, seperti pesanan henti rugi (stop-loss). Ini untuk memastikan anda dan dagangan anda dilindungi dari satu saham yang berterusan bergerak pada jalur rendah (lower band), tanpa mengetahui pada titik mana tekanan jualan akan berhenti without knowing at what point selling pressure will end.