Cumulative Volume Index (CVI)

Definisi

Cumulative Volume Index (CVI) adalah satu jumlah perbezaan di antara bilangan saham menaik dan bilangan saham menurun. Fikirkannya sebagai satu papan mata, menjejak keseluruhan pasaran dan prestasinya secara kumulatif. 

Pengiraan

Cumulative Volume Index dikira seperti berikut: 

CVI = Previous Period CVI  + (Advancing stocks - Declining stocks)

Definisi:

Advancing stocks - Bilangan saham menaik dalam tempoh masa semasa

Declining stocks - Bilangan saham menurun dalam tempoh masa semasa 

Pemerhatian

Adalah lebih baik untuk menggunakan Cumulative Volume Index bersama-sama penunjuk dan alat analisa teknikal lain, daripada bergantung hanya kepadanya. CVI tidak cukup komprehensif untuk menunjukkan isyarat dagangan atau pelaburan yang jelas. Ini kerana ia adalah satu alat pasaran meluas yang digunakan untuk mengukur breadth. 

CVI membantu mengesahkan sama ada permodalan pasaran sedang bergerak keluar atau masuk ke dalam satu indeks. Jika CVI bergerak ke bawah, ia selalunya dianggap bahawa satu arah aliran sudah kehilangan sedikit momentumnya dan satu balikan berkemungkinan akan terjadi. Jika CVI sedang menaik, ini boleh memberikan isyarat sebaliknya - iaitu arah aliran sedang menambah momentum. Ini boleh menjadi satu isyarat kepada pedagang untuk melakukan dagangan dalam arah yang sama dengan arah aliran.

Apa yang perlu diperhatikan

CVI boleh digunakan untuk mengikuti pasaran keseluruhan dan kekuatannya sepanjang satu tempoh masa. Selain daripada CVI berguna untuk mengukur market breadth, ia juga boleh digunakan untuk memeriksa arah aliran yang ada untuk menentukan jika lebih banyak saham sedang menaik daripada menurun dalam satu masa.

Kesimpulan

Cumulative Volume Index adalah satu penunjuk yang lebih dikenali untuk menjejak arah aliran harga di dalam dan di luar pasaran saham. Dengan gabungan penunjuk-penunjuk lain, corak yang dianalisa boleh membantu menentukan bila satu arah aliran melemah atau menurun, termasuk juga bila ia mengukuh dan bergerak ke atas. Adalah penting untuk diingatkan bahawa nombor adalah tidak penting di sini, tetapi lebih penting adalah corak dan arah aliran umum yang dianalisa oleh CVI.