Divergence
Definisi
Satu divergence terjadi apabila harga satu aset bergerak menentang kepada satu penunjuk teknikal tertentu atau bergerak dalam satu arah berlainan dari data relevan yang lain. Penunjuk divergence memberikan amaran kepada pedagang dan penganalisa teknikal akan perubahan dalam satu arah aliran (price trend), selalunya ia melemah atau bertukar arah.
Divergence boleh menjadi sama ada positif, memberikan isyarat kemungkinan adanya satu pergerakan yang tinggi dalam harga aset atau ia boleh menjadi negatif, menunjukkan kemungkinan satu pergerakan yang lebih rendah dari harga aset.
Pemerhatian
Divergence selalunya berfungsi dengan penunjuk dan data lain. Ia selalunya digunakan oleh penganalisa dan pedagang teknikal apabila harga aset bergerak melawan arah penunjuk yang lain.
Seperti disebutkan di atas, divergence positif menunjukkan bahawa harga akan mula menaik dan selalunya terjadi apabila harga bergerak ke bawah, tetapi pada masa yang sama penunjuk lain memberikan bacaan bertentangan dengan bergerak lebih tinggi. Dalam kata lain, menunjukkan isyarat bulis.
Divergence negatif menunjukkan harga boleh mula menurun dan selalunya terjadi apabila harga bergerak lebih tinggi, manakala penunjuk lain bergerak menurun pada masa yang sama. Dalam kata lain, menunjukkan isyarat bearis.
Apa yang perlu diperhatikan
Divergence selalunya digunakan untuk menjejak dan menganalisa momentum dalam satu harga aset dan kebarangkalian adanya balikan harga (price reversal) dalam arah aliran semasa. Semasa menggunakan divergence, pedagang dan penganalisa boleh menentukan sama ada mereka mahu keluar dari posisi atau meletakkan henti rugi (stop loss) sekiranya divergence adalah negatif dan harga mula jatuh.
Kekangan
Adalah lebih baik untuk menggunakan divergence dengan bantuan penunjuk dan alat analisa lain untuk membantu mengenalpasti dan mengesahkan balikan arah aliran (trend reversal) dan corak pasaran major. Divergence tidak boleh digunakan sendirian untuk memberitahu anda maklumat yang anda mahukan sebagai pelabur. Kawalan risiko adalah penting dalam analisa anda dan fakta bahawa divergence tidak selalunya wujud dalam balikan harga sepatutnya sudah menjadi asas untuk anda menggabungkan penggunaanya dengan alat dan penunjuk yang lain.
Tambahan lagi, divergence boleh menunjukkan perubahan jangka panjang atau pendek. Apabila mengambil keputusan pantas, bertindak menggunakan divergence semata-mata boleh membahayakan dagangan anda. Pastikan anda mempunyai faktor-faktor risiko lain digunakan dalam pencartaan anda dan analisa pasaran umum.
Kesimpulan
Penunjuk divergence membantu pedagang menilai perubahan dalam arah aliran harga dan menentukan sama ada harga akan bergerak mengikut atau melawan arah penunjuk lain. Ia boleh menjadi sama ada positif atau negatif, tetapi adalah penting untuk difahami kekangannya dan ia perlu digunakan bersama penunjuk-penunjuk lain yang boleh juga memantau arah aliran harga.