Hasil Dividen

Definisi

Hasil dividen (dividend yield) menunjukkan sebanyak mana sesebuah syarikat membayar dividen setiap tahun relatif kepada harga aset yang  membayar dividen berkenaan. Ia disenaraikan sebagai satu peratusan dan dipaparkan sebagai satu nisbah kewangan. Perkataan “yield” selalunya digunakan dalam pelaburan pendapatan tetap (fixed income investing) untuk menunjukkan sebanyak masa satu aset sanggup membayar untuk pelabur memegangnya.

Pengiraan

Formula hasil dividen adalah:

Hasil dividen = dividen tahunan sesaham : harga sesaham

Kami selalunya mengira hasil dividen dari laporan kewangan setahun penuh pada tahun lepas. Perlu diingati bahawa semakin lama dari laporan tahunan syarikat, semakin kurang relevan data kepada pelabur.

Untuk menentukan bagaimana untuk mengira hasil dividen, pelabur hendaklah mengambilkira dan menganalisa sejara pembayaran dividen syarikat untuk membantu mereka memilih kaedah pengiraan manakah yang paling efektif untuk mereka dan memberikan ketepatan tertinggi.

Pemerhatian

Hasil dividen ialah jumlah wang yang satu syarikat berikan kepada pemegang saham sebagai pulangan untuk mereka memegang satu saham syarikat, yang dibahagikan dengan harga semasa saham syarikat. Ada syarikat akan membayar dividen lebih tinggi dari yang lain, dan ada yang mempunyai cukai kepada dividen mereka pada kadar yang lebih tinggi. 

Analisis hasil dividen selalunya digunakan apabila pelabur mencari syarikat untuk dilaburkan. Hasil dividen selalunya disukai oleh pelabur pendapatan tetap (fixed income investor). Syarikat seperti dana pelaburan Hartanah, syarikat pembangunan perniagaan dan master limited partnership selalunya akan membayar hasil dividen yang lebih tinggi dari purata kerana U.S. Treasury mensyaratkan syarikat-syarikat ini membayar majoriti dari pendapatan mereka kepada pemegang saham. Keadaan sebegini dipanggil prosess “pass-through” dan membolehkan syarikat tidak dikenakan cukai pendapatan pada keuntungan yang telah dibayar kepada pemegang saham sebagai dividen. Pemegang saham pula, perlu membayar cukai kepada keuntungan pendapatan mereka.

Jang lupa bahawa hasil dividen yang tinggi tidak selalunya menunjukkan kepada peluang pelaburan yang bagus. Ada beberapa kes di mana syarikat mempunyai hasil dividen yang tinggi kerana kejatuhan harga salam, dan bukannya kerana mereka mempunyai keuntungan yang tinggi.

Apa yang perlu diperhatikan

Jika hasil dividen kekal di mana ia berada dan tidak naik atau turun dalam peratusan, adalah selamat untuk mengandaikan hasil (yield) akan naik apabila harga saham turun. Sebaliknya, jika harga saham naik, hasil dividen akan menurun. Hasil dividen berubah secara relatif kepada harga saham dan disebabkan itu, ia boleh menjadi sangat tinggi apabila nilai saham jatuh menjunam.

Hasil dividen ditunjukkan sebagai satu peratusan dan bukannya jumlah dolar untuk menjadikannya lebih mudah untuk melihat jumlah pulangan kepada pemegang saham syarikat yang boleh dijangkakan relatif kepada pelaburan mereka. Hasil, secara umum menunjukkan berapa banyak syarikat membayar dividen setiap tahun.

Kekangan

Dividen boleh menjadi pengekang potensi pertumbuhan syarikat, kerana setiap satu dolar yang dibayar oleh syarikat menerusi dividen adalah satu dolar yang syarikat tidak dapat gunakan untuk melabur semula dalam syarikat. Seperti yang dijelaskan di atas, adalah tidak sepatutnya pelabur menganalisa satu saham hanya menerusi hasil dividennya. Sebagai tambahan, pelabur hendaklah berhati-hati dengan syarikat yang kelihatan seperti merosot, tetapi mempunyai hasil dividen yang tinggi. Harga saham adalah penyebut formula dan digunakan untuk mengira hasil dividen.

Kesimpulan

Hasil dividen adalah satu peratusan yang menunjukkan jumlah di mana syarikat membayar dividen setiap tahun, relatif kepada harga saham syarikat. Hasil boleh digunakan dengan penunjuk yang lain untuk membantu analisa dan tidak sepatutnya menjadi fokus tunggal pelabur kerana ada masanya data kurang lengkap atau tidak berkaitan kepada harga saham syarikat.