Double Exponential Moving Average (EMA)

Definisi

Double Exponential Moving Average (EMA) ialah satu penunjuk teknikal yang menggunakan dua moving averages untuk membantu mengesahkan arah aliran menaik apabila harga bergerak lebih dari purata dan mengesahkan arah aliran menurun apabila harga bergerak rendah dari purata. Satu perubahan arah aliran mungkin terjadi apabila harga bergerak dalam arah yang berlawanan dengan purata. Sebagai tambahan, moving averages boleh digunakan untuk menunjukkan kawasan sokongan atau/dan rintangan. 

Sejarah

Double EMA diperkenalkan pada mulanya oleh Patrick Mulloy dalam artikelnya pada tahun 1994 yang bertajuk, “Smoothing Data with Faster Moving Averages.” Artikelnya telah diterbitkan oleh majalah Technical Analysis of Stocks & Commodities.

Pengiraan

Formula untuk Double EMA adalah:

DEMA = 2 × EMAN − EMA of EMAN

Definisi:

N= Tempoh pandang belakang (Look-back period)

  1. Untuk mengira Double EMA, pertamanya pilih tempoh pandang belakang yang anda mahu periksa (cth. tempoh lima, 15, 100).
  2. Sebaik sahaja anda telah memilih tempoh masa anda, kira EMA untuk masa itu (EMAN). 
  3. Kemudian gunakan EMA berbeza dengan tempoh pandang belakang yang sama kepada EMAN
  4. Akhirnya, darabkan EMAN dengan dua dan tolah jumlah smoothed EMA. Siap.

Pemerhatian

Double EMA mempunyai respon lebih laju berbanding EMA tradisi dan boleh digunakan dengan cara yang sama. Ingat, jika anda menggunakan Double EMA yang bereaksi lebih laju dan disebabkan itu, anda hendaklah merancang strategi anda mengikut maklumat ini - anda mungkin memerlukan pemindaan.

Jika anda bekerja dengan rangka masa yang lebih panjang (cth. tempoh masa 100), perlu diingatkan bahawa Double EMA  akan bereaksi lebih perlahan daripada apabila anda menggunakan rangka masa lebih pendek (cth. tempoh masa 10).

Apa yang perlu diperhatikan

Formula disenaraikan di atas tidak hanya bergantung kepada penggunaan double exponential smoothing factor, tetapi ia menggandakan EMA dan pada masa yang sama membatalkan lag dengan menolak smoothed EMA. Pengiraannya, seperti yang anda boleh lihat, adalah sedikit kompleks dan memerlukan data konklusif dan bukannya hanya pengiraan EMA tulen semata-mata. Pada hari ini, adalah lebih mudah mengira Double EMA kerana teknologi moden dan pencartaan.

Double EMA adalah lebih termaju daripada moving average biasa dan bereaksi lebih pantas, menjadikan mereka lebih disukai oleh pedagang harian dan ayunan. Pelabur juga menggunakan Double EMA, tetapi selalunya akan kekal menggunakan moving average tradisi kerana pelabur jangka panjang selalunya kurang aktif dalam aset mereka.

Kelemahan

Moving average tradisi selalunya bagus digunakan untuk mengenalpasti arah aliran dalam pasaran, tetapi mereka tidak memberikan lebih data apabila harga adalah bergelora dan tidak lancar. Apabila harga merentasi moving average atau Double EMA, adalah sukar untuk menentukan hasilnya dan memutuskan bila satu dagangan akan memberikan keuntungan.

Untuk alasan ini, adalah bagus untuk menggabungkan Double EMA dengan penunjuk teknikal lain, atau harga lain dan/atau alat analisa asas. Dengan menggabungkan dengan Double EMA, pelabur dan pedagang lebih mudah menentukan arah aliran pasaran sambil melihat gambaran keseluruhan, dan tidak tersekat pada kelemahan atau memfokuskan hanya pada satu penunjuk. 

Untuk membuat kesimpulan pada bahagian kelemahan ini, satu perkara yang perlu diperhatikan adalah kepentingan mengurangkan lag. Mengurangkan lag boleh jadi berguna dalam beberapa keadaan, contohnya jika ada balikan dalam harga sebenar. Ia dapat membantu mengeluarkan pedagang lebih pantas dan sebelum kerugian besar terjadi. Akan tetapi, lag yang dikurangkan mungkin mengakibatkan sesuatu yang dipanggil terlebih dagangan (overtrading); apabila satu penunjuk memberikan pedagang terlalu banyak isyarat pada masa yang sama. Satu penunjuk yang mempunyai lag yang kurang adalah lebih mudah untuk bereaksi kepada perubahan kecil dalam harga yabg selalunya tidak memberikan kesan besar. Jadi, ingat bahawa lag boleh jadi berguna pada masa tertentu, tetapi tidak pada masa lain. Terpulang kepada pedagang untuk menentukan sama ada lag itu diperlukan atau tidak dari penunjuk mereka.

Kesimpulan

Double EMA adalah satu penunjuk yang mengenalpasti arah aliran menaik dan arah aliran menurun dalam pasaran semasa. Ia bertindak lebih pantas daripada moving average tradisi dan boleh digunakan dengan penunjuk-penunjuk lain untuk membantu pedagang menganalisa keseluruhan arah aliran pasaran.  Pastikan anda melihat kepada lag jika anda mahu menggunakan Double EMA supaya anda dapat menentukan sama ada mengurangkan lag adalah lebih bagus untuk dagangan anda.