Fisher Transform

Definisi

Fisher Transform ialah satu penunjuk teknikal yang menukarkan harga kepada taburan normal Gaussian dan memberikan isyarat apabila harga bergerak dengan ketara dengan merujuk kepada data harga terkini. Maklumat diberikan oleh Fisher Transform dapat membantu mengenalpasti balikan (reversal) atau perubahan besar dalam penentuan harga aset. Keseluruhannya, penunjuk ini boleh digunakan untuk menentukan arah aliran dan menggariskan pergerakan utama harga dalam arah aliran tersebut.

Sejarah 

Fisher Transform dibangunkan dan mula diperkenalkan oleh J.F. Ehlers untuk digunakan sebagai satu penunjuk analisis teknikal yang mencari balikan harga utama.

Pengiraan

Formula untuk Fisher Transform adalah seperti berikut:

Fisher Transform = ½ * ln(1 + X / 1 - X)

Definisi:

ln= logaritma semula jadi (natural logarithm)

X= pertukaran harga dari -1 ke 1

  1. Untuk mengira Fisher Transform, pertama, pilih tempoh pandang belakang (look-back period) yang anda mahu periksa (cth. tempoh sembilan). Ini akan menunjukkan sebanyak mana tempoh penunjuk akan digunakan.
  2. Sebaik sahaja anda telah memilih tempoh anda, teruskan dan tukar harga untuk tempoh itu kepada nilai-nilai di antara -1 dan +1. Jangan lupa untuk memasukkan input untuk X dan menyelesaikan semua pengiraan dalam kurungan formula.
  3. Kemudian darabkan keputusan anda dengan logaritma semula jadi (natural log).
  4. Dengan keputusan baru ini, darabkan dengan 0.5.
  5. Ulangi proses pengiraan sebaik sahaja setiap tempoh berakhir dan tukar semua harga terkini kepada satu nilai di antara -1 dan +1 (berdasarkan kepada tempoh paling terkini). 
  6. Untuk pengakhiran, tambah/tolak nilai-nilai dikira dari nilai dikira anda sebelum ini. Selesai.

Pemerhatian

Titik pertukaran menjadi lebih jelas dengan menggunakan Fisher Transform dan keupayaannya menjejak harga aset. Tambahan lagi, ada beberapa pedagang memilih untuk mencari bacaan yang lebih dramatik yang memberikan isyarat kepada balikan harga, yang lain mungkin mendapati ia lebih berguna untuk menjejak perubahan arah Fisher Transform. Walaupun Fisher Transform selalunya digunakan pada harga aset, ia boleh digunakan pada penunjuk-penunjuk lain juga.

Apa yang perlu diperhatikan

Seperti yang disebutkan di dalam bahagian Definisi, Fisher Transform adalah satu penunjuk teknikal yang menukarkan harga kepada taburan normal Gaussian, selalunya termasuk data yang tidak selalunya berada dalam taburan normal (cth. harga pasaran). Ini mengakibatkan data untuk mewakili dirinya sebagai lebih seragam, dengan perubahan kurang ekstrem untuk menentukan harga sebenar balikan di dalam pasaran.

Penunjuk teknikal ini adalah apa yang dipanggil “tidak terikat,” dan adalah berkemungkinan untuk ekstrem terjadi jangka masa panjang. Asas kepada apa yang dimaksudkan sebagai satu ekstrem adalah ditentukan oleh bacaan sejarah untuk aset yang anda sedang lakukan analisa. Membaca nilai-nilai berbeza bergantung kepada aset yang anda analisakan. Bacaan aset  adalah penting kerana mereka mempunyai potensi untuk memberikan isyarat balikan, yang boleh disahkan atau dinafikan oleh perubahan arah Fisher Transform.

Fisher Transform selalunya akan mempunyai satu garisan isyarat yang disambungkang. Ia merupakan nilai moving average Fisher Transform dan bergerak lebih perlahan daripada garisan penunjuk tradisional. Ia selalunya digunakan apabila Fisher Transform bergerak sepanjang garisan cetusan.

Banyak pedagang memilih untuk menggunakan Fisher Transform dengan penunjuk-penunjuk lain yang khas untuk mempetakan analisa arah aliran. Ini kerana Fisher Transform menghantar banyak isyarat dagangan berbeza, beberapa yang tidak memberikan keuntungan langsung. Dengan menggabungkan dengan penunjuk-penunjuk lain, pedagang mendapat gambaran lebih lengkap bila untuk menerima dan bertindak pada isyarat belian dan jualan.

Sentiasa ingat bahawa penunjuk Fisher Transform tidak sepatutnya dikelirukan dengan Bollinger Bands. Mereka mungkin kelihatan berbeza pada satu carta, tetapi kedua-duanya berakar umbi di dalam pengagihan harga aset dan selalunya boleh dikelirukan. Satu cara mudah untuk membandingkan mereka adalah dengan mengingati bahawa Fisher Transform muncul pada satu carta harga sebagai satu penunjuk berbeza, di mana Bollinger Bands pula diletakkan secara jelas di atas harga.

Had

Seperti dinyatakan di dalam bahagian Apa yang perlu diperhatikan, Fisher Transform boleh selalu memberikan banyak isyarat dagangan, yang boleh mengakibatkan kesesakan apabila ia cuba menjadikan balikan dan perubahan ekstrem dalam harga lebih mudah untuk pedagang untuk mengenalpasti. Perkara ini boleh menjadi satu masalah, disebabkan itu menggabungkannya dengan penunjuk lain amat digalakkan.

Kesimpulan

Fisher Transform ialah satu penunjuk yang menukarkan harga kepada taburan normal Gaussian dan memberikan isyarat kepada pedagang akan pergerakan harga dan pertukaran dalam arah aliran dengan merujuk kepada data harga terkini. Maklumat yang diberikan oleh penunjuk dapat membantu pedagang menentukan bila masa yang sesuai untuk membeli dan menjual, berdasarkan kepada balikan atau perubahan besar dalam penentuan harga aset. Fisher Transform adalah lebih baik digabungkan dengan penunjuk analisis arah aliran lain untuk membantu mengenalpasti arah aliran harga dan menyerlahkan pergerakan harga utama untuk satu aset dalam pasaran.