McGinley Dynamic

Definisi

 McGinley Dynamic melaraskan perubahan kelajuan pasaran yang menjadikannya berbeza daripada moving average lain, untuk memberikan garisan-garisan moving average yang jelas. McGinley Dynamic ialah satu penunjuk teknikal berdasarkan kepada satu moving average yang direkabentuk awalnya untuk menjejak arah aliran pasaran (market trend). 

Sejarah

John R. McGinley mencipta McGinley Dynamic untuk mengeluarkan satu moving average yang boleh mengurangkan lag secara drastik di antara satu penunjuk dan pasaran secara umum. Jika berjaya, moving average akan menjadi lebih pantas dan lebih dipercayai daripada moving average lain yang ada.

Pengiraan

Sesiapa yang menggunakan penunjuk McGinley Dynamic akan dapat menyesuaikannya dengan mudah dengan memilih bilangan tempoh (N) untuk digunakan. Pengiraan untuk penunjuk adalah seperti berikut.

di mana:

MD[1] = nilai MD untuk tempoh sebelumnya

Price = harga semasa sekuriti

N = bilangan tempoh masa

Adalah penting untuk dimaklumkan bahawa penunjuk menggunakan Price di dalam formulanya untuk menunjukkan pergerakan harga dengan lebih baik dalam pasaran dan meminimumkan pemisahan harga dan ketidakstabilan (volatility). Formula di atas membenarkan penunjuk untuk memantau pergerakan harga satu sekuriti dengan dekat.

Pemerhatian

McGinley Dynamic direkabentuk untuk menjejak pasaran dengan lebih baik daripada penunjuk-penunjuk moving average yang lain. Ia berbeza dari yang lain kerana keupayaannya untuk pelarasan dalam kelajuan pasaran. Ini dilakukan dengan menggunakan pelarasan automatik penunjuk yang telah dibina di dalam formulanya. Dengan ini, McGinley Dynamic boeh memerhatikan kelajuan tinggi atau rendah, yang dapat membantu mengenalpasti arah aliran satu pasaran.

Sebagai tambahan kepada pelarasannya, penunjuk juga dapat meminimumkan pemisahan harga dan ketidakstabilan (volatility) pergerakan untuk menunjukkan harga dengan lebih tepat dan paling relevan yang mungkin.

Apa yang perlu diperhatikan

Anda perlu mengingati mengenai lag apabila menggunakan moving average, kerana tiada moving average adalah terlepas daripada kesan kerana ditetapkan dalam panjang masa tetap. Penunjuk McGinley Dynamic juga, telah mengambilkira isu ini dan menggunakan pelarasan pertukaran kelajuan pasarannya untuk mendapatkan garisan-garisan yang lebih lancar dan tepat. 

Kelajuan pasaran selalunya berubah-ubah, kadangkala bergerak lambat atau pantas. Penunjuk McGinley Dynamic mengambilkira keadaan pasaran ini dan measukkan satu faktor pelancaran automatik (automatic smoothing factor) ke dalam formulanya untuk mengambilkira kelajuan pasaran.

Kesimpulan

McGinley Dynamic ialah satu penunjuk yang menjejak pasaran lebih baik daripada membandingkan moving average. Formulanya membenarkan ia dilaraskan untuk perubahan kelajuan pasaran dan pemisahan harga, menjadikannya berbeza dari moving average lain dan membenarkannya untuk memaparkan data yang jelas, responsif dan garisan moving average yang lebih menyeluruh.