Momentum

Definisi

Momentum adalah selalunya dirujuk sebagai satu kadar dan mengukur pecutan harga dan/atau volum sesuatu sekuriti. Ia juga dirujuk sebagai satu penunjuk dan pengayun analisa teknikal yang mampu menentukan arah aliran pasaran (market trend). Pedagang dan pelabur selalunya menggunakan perkataan “momentum” yang bermaksud satu perkara manakala penunjuk itu sendiri mewakili satu kajian dalam analisa teknikal. Penjelasan ini akan menerangkan sepenuhnya tentang penunjuk.

Pemerhatian

Penunjuk momentum selalunya digabungkan dengan alat garisan arah aliran, untuk membantu pedagang dan pelabur menentukan satu arah aliran pasaran. Alat ini merupakan satu garisan yang dilukis dari harga tinggi ke harga rendah, dari harga rendah ke harga tinggi, atau dari satu tempoh masa tertentu.  Jika garisan arah aliran adalah menaik, ia bermaksud arah aliran sedang menaik dan dikira sebagai satu masa yang sesuai untuk membeli saham. Jika garisan arah aliran adalah menurun dan ia adalah masa yang sesuai untuk menjual saham.

Ini dipanggil pelaburan momentum, satu penunjuk teknikal tersendiri. Kedua-dua pelaburan dana dagangan momentum adalah lebih canggih kerana arah aliran harga sukar diramalkan dan bergerak ke atas dan kebawah secara pantas, menyebabkan wujudnya lebih banyak risiko.

Apa yang perlu diperhatikan

Momentum bukan hanya satu kadar, penunjuk dan pengayun, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai teknik dagangan. Jika adalah jelas bahawa satu saham telah atau sedang memecut, sama ada ia dalam keseluruhan pendapatan dan/atau hasil (earnings and/or revenue), seorang pedagang momentum boleh mengambil sama ada posisi panjang (long) atau singkat (short) dalam saham dan pada yang sama menganalisa momentum saham. Dagangan diharapkan meneruskan momentum dalam arah aliran menaik atau menurun (upward/downward), menjadikan dagangan ini berjaya. Satu strategi seperti ini benar-benar memfokuskan kepada pergerakan jangka pendek harga saham.

Dagangan momentum ialah apabila seorang pedagang atau pelabur membeli atau menjual berdasarkan analisa mereka terhadap pergerakan dan arah aliran harga saham. Untuk menggunakan strategi berdasarkan momentum dengan baik, pedagang akan mengambil posisi panjang dalam satu saham yang menunjukkan adanya arah aliran menaik dan mengambil posisi singkat dalam saham yang menunjukkan arah aliran menurun. Sebaliknya dalam dalam dagangan normal dan membeli harga rendah dan menjual pada harga tinggi, dagangan atau pelaburan momentum adalah terbalik. Untuk berdagang dengan strategi ini, adalah lebih bagus menjual rendah dan membeli lebih rendah atau sebaliknya. Ia juga penting untuk memerhatikan dengan lebih kepada pemecahan harga dan bukannya memfokuskan kepada corak balikan dalam harga.

Kekangan

Seperti kebanyakan strategi dagangan, dagangan dan pelaburan momentum tidak terlepas dari kekangan dan risiko. Arah aliran harga dan analisa momentum tidak akan pernah 100% boleh dipercayai dan tidak sepatutnya dianggap sedemikian. Sebagai tambahan, pelaburan momentum dilakukan menerusi pelabur-pelaburan dan disebabkan itu, anda tidak sepenuhnya berkuasa kepada dagangan anda. Perlu diingatkan bahawa balikan yang tidak dijangka adalah berkemungkinan terjadi dan boleh menjadi sukar diramal pada kebanyakan masa. Ini disebabkan perubahan dalam pasaran, berita terkini dan keseluruhan kelakuan pedagang pasaran.

Kesimpulan

Momentum ialah satu kadar yang digunakan untuk menentukan pecutan harga atau volum sesuatu aset atau sekuriti. Ia juga boleh menjadi penunjuk atau pengayun teknikal analisis yang berfungsi untuk menentukan arah aliran pasaran (market trend) dan sama ada harga satu saham atau set akan mengekalkan momentumnya ke atas/ke bawah atau pun tidak.