Bagaimana melaraskan data untuk dividen 

Dividen adalah pemberian daripada perolehan syarikat kepada satu kelas pemegang sahamnya, bergantung kepada jumlah dan jenis saham yang pemegang-pemegang saham ini ada. Dividen selalunya dibayar pada setiap suku tahun, tetapi ada syarikat akan membayar dividen nya pada setiap bulan atau tahunan. Syarikat-syarikat adalah tidak wajib untuk membayar dividen. Jika mereka mengalami tekanan kewangan, mereka boleh membatalkan pembayaran dividen.

Selepas pengagihan dividen, harga saham syarikat adalah dikurangkan bergantung kepada jumlah yang dibayar. Ini terjadi kerana wang meninggalkan syarikat dan diberikan kepada pemegang-pemegang saham. Keadaan ini menyebabkan syarikat akan mengalami kekurangan tunai pada penyatanya daripada sebelum dividen dibayar dan harga sahamnya akan menunjukkan keadaan ini. 

Jadi, walaupun nilai syarikat akan turun sedikit, jumlah pulangan pemegang saham adalah berkembang, yang boleh menarik lebih banyak pelabur.

Anda mungkin mahu melataskan data Carta Super anda untuk dividen untuk memvisualkan impaknya. Ini adalah penting untuk pemegang saham jangka panjang. Carta dilaraskan dividen menunjukkan jumlah pulangan keseluruhan aset, bermaksud ia menambahkan dividen dibayar kepada harga saham.

Untuk mengaktifkan pelarasan untuk dividen, pergi ke tetapan go to the Carta Super dan klik pilihan "Laraskan data untuk dividen".

Jika anda tidak menjumpai pilihan ini, pelarasan harga untuk aset yang anda sedang lihat buat masa ini tidak tersedia. Sebagai contoh, anda tidak boleh melaraskan dividen untuk Bitcoin, kerana ia tiada syarikat dan tiada dividen.

Juga baca: