Rob Booker - ADX Breakout

Definisi

Rob Booker’s Average Directional Index (ADX) Breakout ialah satu penunjuk kekuatan arah aliran yang membenarkan kepercayaan bahawa berdagang dalam arah satu arah aliran (trend) dan berterusan untuk mengikuti pergerakannya adalah lebih menguntungkan untuk pedagang dan pada masa yang sama mengurangkan risiko.

Sejarah

ADX secara tradisinya digunakan dan dibangunkan untuk menentukan satu kekuatan arah aliran harga. Ia biasanya dikenali sebagai satu alat dari Rob Booker, seorang ahli perniagaan dan pedagang mata wang berpengalaman. 

Pengiraan

Pengiraan untuk penunjuk ADX Breakout adalah berdasarkan kepada satu moving average untuk pengembangan julat harga (price range expansion) sepanjang satu tempoh masa tertentu. Secara lalai, tetapan berhenti pada 14 bar, ini bagaimanapun bukanlah mandatori, kerana tempoh masa lain juga ada digunakan untuk analisis.

Pemerhatian

Garisan ADX digunakan untuk mengukur dan menentukan kekuatan satu arah aliran, dan juga arah garisan ini dan penjelasannya adalah penting dalam analisa pedagang. Semakin garisan ADX menaik, satu arah aliran (trend) semakin menjadi kuat dan harga bergerak dalam arah arah aliran. Sebaliknya, jika garisan ADX semakin jatuh, satu arah aliran semakin kurang kekuatan dan harga kemudiannya akan memasuk satu tempoh penyatuan (consolidation) atau pembalikan (retracement).

Secara tradisi, ADX diplotkan pada carta sebagai satu garisan tunggal yang mengandungi nilai-nilai yang mempunyai julat dari 0-100. Garisan ini tiada arah, bermaksud ia sentiasa mengukur kekuatan arah aliran tanpa mengira posisi arah aliran harga (naik atau turun). Secara asasnya, ADX mengukur kekuatan arah aliran dengan menunjukkan kedua-dua arah aliran menaik dan menurun untuk garisan.

Apa yang perlu diperhatikan

Nilai-nilai yang dikaitkan dengan garisan ADX membantu pedagang menentukan dagangan paling menguntungkan dan di mana risiko berada dalam arah aliran semasa. Adalah penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengetahui kekuatan arah aliran dan membezakan di antara nilai-nilai berbeza untuk memahami perbezaan di dalam keadaan mempunyai arah aliran (trending) atau tidak. Mari kita lihat pada nilai ADX dan maksud mereka untuk kekuatan arah aliran.

Nilai ADX:

0-25: Menunjukkan tiada arah aliran lemah

25-50: Menunjukkan satu arah aliran kuat

50-75: Menunjukkan satu arah aliran sangat kuat

75-100: Menunjukkan satu arah aliran tersangat kuat 

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita nilaikan maksud ADX jika nilanya di bawah 25. Jika garisan ADX kekal di bawah 25 untuk lebih dari 30 bar atau lebih, harga akan memasuki keadaan julat (range condition), menjadikan corak harga lebih jelas kepada pedagang. Harga akan bergerak atas dan bawah di antara rintangan dan sokongan untuk mengetahui minat belian dan jualan dan akan kemudiannya memecah keluar menjadi satu arah aliran atau corak (pattern).

Dari cara ADX memuncak, surut dan mengalir juga menunjukkan keseluruhan arah aliran dan momentum arah aliran. Garisan boleh menunjukkan dengan jelas kepada pedagang apabila kekuatan arah aliran yang tinggi berbanding apabila ia melemah. Apabila puncak ADX ditunjukkan sebagai lebih tinggi, ia menunjukkan ke arah satu kenaikan dalam momentum arah aliran. Jika puncak ADX ditunjukkan menurun ke bawah - betul tekaan anda - ia menunjukkan satu penurunan momentum arah aliran. Satu arah aliran puncak ADX lebih rendah boleh memberikan amaran kepada pedagang untuk memerhatikan harga dan mengurus dan menilai risiko sebelum dagangan tidak dapat dikawal. Sebaliknya, apabila ada pergerakan tiba-tiba yang kelihatan pelik atau perubahan sifat arah aliran yang terbalik dengan apa yang anda lihat sebelum ini, ini menunjukkan isyarat jelas untuk memerhatikan harga dan menilai risiko.

Kesimpulan

Penunjuk ADX Breakout adalah satu penunjuk kekuatan arah aliran yang menganalisa pergerakan harga secara relatif kepada kekuatan arah aliran untuk memberikan isyarat kepada pengguna bila masa terbaik untuk berdagang dan bila masa terbaik untuk mengurus risiko dan menganalisa corak (pattern). Asalkan pedagang mengenali arah aliran yang kuat dan menilai risiko setiap dagangan dengan baik, mereka tidak sepatutnya mempunyai masalah menggunakan penunjuk ini dan menggunakannya untuk membantu mereka. Sebagai tambahan, ADX membantu mengenalpasti keadaan pergerakan arah aliran, tetapi pada masa yang sama membantu pedagang mencari arah aliran kuat untuk melakukan dagangan. Penunjuk juga boleh memberikan amaran kepada pedagang untuk perubahan tertentu dalam momentum arah aliran, membenarkan mereka lebih bersedia untuk pengurusan risiko.