Rob Booker - Knoxville Divergence

Definisi

Penunjuk Knoxville Divergence mencadangkan harga akan melakukan balikan arah, menjadikannya satu penunjuk arah aliran terbalik (counter-trend). Sebagai contoh, jika harga dalam keadaan arah aliran menaik (uptrend) dengan garisan Knoxville Divergence berada di atas harga pada carta, pedagang akan memahami bahawa penunjuk mencadangkan harga berpotensi akan melakukan balikan dan bertukar kepada menurun tidak lama lagi. Penunjuk ini sangat berguna untuk pedagang arah aliran terbalik (counter-trend) dan pedagang biasa, kerana ia memberikan perspektif untuk sesiapa yang cuba memasuki satu dagangan, dan pada masa yang sama mengikuti arah aliran jangka panjang (long-term trend).

Sejarah

Penunjuk ini digunakan dan disukai oleh Rob Booker, seorang ahli perniagaan dan pedagang mata wang berpengalaman yang membantu menjadikan penunjuk ini popular.

Pemerhatian

Apabila menganalisa Knoxville Divergence, perlu diketahui bahawa penunjuk adalah terdiri daripada dua elemen utama.

Penunjuk Momentum. Jika harga menaik, tetapi penunjuk momentum menurun, penunjuk Knoxville Divergence mungkin akan muncul di atas carta untuk memberikan isyarat kepada pedagang bahawa satu balikan harga semakin menghampiri. Penunjuk ini hendaklah digabungkan dengan yang lain, kerana ia tidak menjelaskan kepada pedagang semua yang mereka mahukan,might appear on the chart to signal to the trader that a price reversal may be closing in. Disebabkan itu, ia digabungkan dengan elemen kedua kami dengan baik.

Relative Strength Index. Jika ada satu percanggahan serentak di antara harga dan penunjuk momentum, Relative Strength Index (RSI) akan memberikan isyarat terlebih beli atau terlebih jual (overbought/oversold), dan akan mencetuskan garisan Knoxville Divergence supaya muncul di atas carta.

Apa yang perlu diperhatikan

Garisan Knoxville Divergence kelihatan berguna, tetapi rangka masa apakah yang terbaik untuk dipilih apabila menggunakan penunjuk ini? Satu soalan yang bagus. Penunjuk boleh digunakan untuk menganalisa mana-mana rangka masa carta dari 1m sehingga ke carta bulanan untuk bacaan lebih baik. 

Seperti biasa, Knoxville Divergence adalah satu penunjuk yang bagus, tetapi ia lebih sesuai digandingkan bersama-sama penunjuk dan alat analisa teknikal lain yang membantu menganalisa dana bersama (mutual fund), hadapan, mata wang dan lain-lain.

Kesimpulan

Penunjuk Knoxville Divergence mencadangkan balikan harga (price reversal) akan berkemungkinan besar terjadi tidak lama lagi. Penunjuk ini sangat berguna kerana ia membantu pedagang menentukan bila harga yang berkemungkinan besar tidak mengikuti arah alirannya, memberikan gambaran kepada pedagang arah aliran (trend-trader) bagaimana untuk memberikan reaksi dalam dagangan jangka panjang.