Menerbitkan dan mengemaskinikan idea

Idea yang anda kongsi akan dipamerkan kepada pengikut serta pengikut ticker yang telah anda terbitkan. Pengikut anda akan mendapat notifikasi apabila anda menerbitkan idea baru. Idea terbaik akan dipamerkan ke bahagian teratas di halaman depan TradingView dan juga di halaman ticker khusus. 

Membuat idea yang bagus dan menjadi pengarang terbaik memerlukan masa. Langkah pertama adalah menjadi penerbit yang konsisten sama ada secara harian, mingguan atau bulanan. Berikut adalah beberapa petua dan peringatan semasa menerbitkan di TradingView: 

  • Kekal pada tajuk. Bermaksud berkongsi idea-idea yang berkaitan dengan dagangan, pelaburan atau pasaran kewangan
  • Kualiti mengatasi kuantiti: berikan penerangan idea yang bermakna yang menerangkan analisis anda dan yang berguna untuk ahli lain komuniti memahami justifikasi anda. Semua isyarat perdagangan mempunyai sebab di sebalik sesuatu entri, maka jelaskan mengapa anda memasuki perdagangan tersebut dan meletakkan posisi anda ke arah yang ditentukan.
  • Jangan mengundang pengunjung ke penerbitan anda untuk berinteraksi secara mesej peribadi. TradingView adalah mengenai berkongsi kandungan secara terbuka.
  • Idea umum dapat diedit atau dibuang hanya dalam masa 15 minit selepas penerbitan. Selepas itu, untuk mengedit atau menghapusnya adalah tidak dibenarkan. Selain itu, Idea dengan rangka masa kurang daripada 15 minit hanya dapat diterbitkan secara tertutup atau dihantar dalam sembang.
  • Jangan menerbitkan idea-idea yang telah berlaku hanya untuk menunjukkan keuntungan anda atau idea di mana harga telah bergerak banyak. Gunakan fungsi "Kemas kini Idea" dalam analisis asal anda untuk berkongsi dengan komuniti tentang hasil analisis.
  • Skrip jemputan sahaja, peribadi atau tidak diterbitkan adalah dilarang berada di dalam idea awam. Pengecualian hanya untuk skrip jemputah sahaja adalah Bagaimana untuk yang diterbitkan oleh pembekal (lihat syarat Pembekal kami).

Selain yang dinyatakan, semua peraturan dalaman adalah terpakai untuk semua penerbitan. Setiap penerbitan yang melanggar sebarang peraturan dalaman akan disembunyikan oleh moderator, reputasi yang telah diperoleh akan hilang dan tindakan tambahan akan diambil (peringatan, sekatan).

Kami berharap dapat melihat idea terbitan anda dan menjadikan komuniti TradingView sebuah tempat positif untuk menerbitkan idea, berkembang dan bertemu orang lain. Untuk membantu anda, berikut adalah beberapa panduan untuk menyiarkan idea dengan hebat dan mendapatkan banyak tontonan.