Triple EMA

Definisi

Penunjuk Triple Exponential Moving Average (EMA) dicipta untuk memudahkan pedagang untuk menentukan kekuatan atau kelemahan tanpa lag biasa yang dikaitkan dengan moving averages (MAs) biasa. Untuk mencapai ini, Triple EMA mengambil beberapa EMAs dari EMA asal dan menolak lag dari keputusannya. 

Pengiraan

Penunjuk Triple EMA boleh dikira dengan formula berikut:

Triple EMA = (3 x EMA1) − (3 x EMA2) + EMA3

Definisi:

EMA1 = EMA asal

EMA2 = EMA dari EMA1

EMA3 = EMA dari EMA2

Langkah-langkah berikut boleh diambil untuk mengira Triple EMA:
  1. Pertama, pedagang hendaklah memilih satu tempoh pandang belakang (lookback period) untuk penunjuk. Tempoh pandang belakang menentukan sebanyak mana tempoh akan difaktorkan kepada EMA pertama yang dikira. Terpulang kepada pedagang untuk memilih tempoh pandang belakang yang sesuai untuk aset yang mereka dagangkan jika mereka ingin menggunakan penunjuk ini untuk mengenalpasti arah aliran (trend).
  2. Semakin rendah bilangan tempoh, semakin hampir EMA akan mampu menjejak harga dan menyerlahkan arah aliran jangka pendek. Jika tempoh pandang belakang adalah lebih panjang, katakan 100, EMA tidak akan mampu menjejak harga dengan dekat dan sepatutnya ia mengenalpasti arah aliran jangka pendek, ia menyerlahkan arah aliran dalam jangka lebih panjang.
  3. Selepas langkah pertama ini, pedagang hendaklah mengira EMA untuk tempoh pandang belakang menggunakan formula di atas. EMA pertama ini ialah EMA1.
  4. Kemudian, kira EMA untuk EMA1 dengan menggunakan tempoh pandang belakang yang sama seperti sebelum ini. Pengiraan EMA baru ini ialah EMA2.
  5. Selepas itu, pedagang mula mengira EMA untuk EMA2 dengan menggunakan tempoh pandang belakang yang sama seperti dua kali sebelum ini. by using the same lookback period as used the last two times. Pengiraan EMA baru ini ialah EMA3.
  6. Akhir sekali, masukkan EMA1, EMA2, dan EMA3 ke dalam formula Triple EMA untuk mengira Triple EMA. Selesai.

Pemerhatian

Formula untuk Triple EMA, dijelaskan secara terperinci di atas dalam bahagian Pengiraan, digunakan untuk membuang lag dan memberikan rumusan lebih lancar untuk arah harga jangka pendek dan arah aliran. Adalah penting diingatkan bahawa apabila harga dijangka berada di atas Triple EMA, ia membantu mengesahkan satu arah aliran menaik harga, manakala harga berada di bawah Triple EMA, ia membantu mengesahkan satu penurunan arah aliran harga. Sebagai tambahan, bila harga merentasi ke bawah menerusi penunjuk Triple EMA, ini boleh menjadi satu isyarat bahawa harga sedang berundur semula atau memberikan petunjuk akan ada satu balikan (reversal) ke bawah.

Apa yang perlu diperhatikan

Triple EMA berbeza dari EMA dan MA biasa kerana ia bereaksi lebih cepat kepada perbezaan harga dan mampu menolak lag dengan formulanya. Sebaliknya, penunjuk Triple EMA juga boleh digunakan dalam cara yang sama kepadal EMA dan MA biasa. Mungkin kerana, arah Triple EMA menunjukkan arah harga jangka pendek dan keseluruhan arah aliran. Apabila garisan bergerak ke atas, ia bermakna harga juga bergerak ke atas. Apabila garisan bergerak ke bawah, ia bermakna harga juga bergerak ke bawah. Lag tidak dihapuskan sepenuhnya dari keputusan penunjuk, tetapi, adalah penting untuk pedagang memahami bahawa bila harga bertukar dengan cepat, penunjuk mungkin tidak dapat menjejak perubahan itu serta-merta. Sebagai tambahan, jika seorang pedagang bekerja dengan satu tempoh pandang belakang (lookback period) yang lebih besar, penunjuk Triple EMA akan berkemungkinan menjadi lebih lambat dalam keupayaannya menjejak arah dan perubahan arah aliran harga.

Triple EMA juga boleh memberikan sokongan dan rintangan untuk harga dan sangat bergantung kepada tempoh pandang belakang aset. Sebagai contoh, jika harga secara amnya menaik, ia mungkin menurun kepada Triple EMA semasa balikan, menjadikan harga kelihatan melantun dari penunjuk dan terus menaik. Jika ini terjadi ketika menggunakan Triple EMA, penunjuk hendaklah telah memberikan sokongan dan rintangan sebelum ini. Jika ia tidak memberikan sokongan dan rintangan pada masa lalu, adalah selamat untuk menyimpulkan bahawa ia tidak akan membekalkannya di masa hadapan. 

Sebagai tambahan, ramai pedagang selalu menggunakan penunjuk garisan Triple EMA sebagai pengganti untuk harga. Garisan tunggal penunjuk selalunya menyaring banyak hingar yang biasa terjadi untuk candlestick, carta bar, dan juga carta garisan.

Kekangan

Walaupun Triple EMA dikenali oleh ramai pedagang sebagai satu penunjuk yang bagus untuk mengurangkan lag, ia masih mempunyai kekurangan seperti penunjuk-penunjuk lain. MAs, sebagai contoh, adalah sangat berguna untuk pasaran yang mempunyai arah aliran (trending market), apabila arah harga agak kuat. Apabila arah aliran adalah beralun dan arah harga adalah lemah, MAs, dan juga Triple EMA, akan menjana isyarat palsu semasa alunan harga dan arah berubah-ubah.

Adalah tepat bahawa walaupun menguragkan lag adalah berguna untuk pedagang, pedagang lain tidak menyukai keupayaan penunjuk untuk menolaknya dari pengiraan. Ada pedagang menyukai penunjuk mereka untuk mempunyai lag kerana mereka tidak mahu alat mereka bertindak kepada setiap perubahan harga atau pergerakan kecil. Triple EMA selalunya bereaksi lebih pantas dari MAs dan EMAs lain, dan menjejak harga lebih rapat daripada SMAs, tetapi ini juga boleh bermaksud bahawa harga boleh melintas Triple EMA pada satu pergerakan harga lebih kecil dari yang diingini untuk pergerakan yang sama untuk merentas SMA. Keadaan ini boleh mengeluarkan pedagang dari posisi dan untuk pelabur yang tidak mahu berdagang dengan aktif, keadaan sebegini akan menjadi lebih menyulitkan jika tiada satu perubahan arah aliran yang ketara.

Kesimpulan

Triple Exponential Moving Average mengurangkan lag, melancarkan turun naik harga, dan satu alternatif untuk moving averages lain disebabkan pengiraannya yang berbeza. Triple EMA ditunjukkan sebagai satu garisan tunggal. Pengiraannya mengambil beberapa EMAs dari EMA asal dan kemudiannya menolak lag dari keputusan yang terhasil.