Percentage Volume Oscillator (PVO)
Percentage Volume Oscillator (PVO) adalah penunjuk momentum untuk volum. mengukur perbezaan relatif antara dua moving average. Sama seperti penunjuk MACD dan PPO, PVO mengandungi tiga komponen: pengayun utama, garis isyarat dilicinkan dan garis histogram yang mewakili perbezaan antara nilai-nilai tersebut.
PVO hampir menyerupai PPO. Kedua-dua penunjuk mengukur perbezaan antara dua moving average sebagai peratusan moving average lebih perlahan, menawarkan skala relatif untuk membandingkan nilai-nilai momentum merentasi sejarah atau instrumen. Akan tetapi, walaupun PPO mengukur momentum relatif harga, PVO mengukur momentum relatif volum.
Pedagang selalunya menganalisa PVO bersama-sama tindakan harga dan penunjuk momentum harga untuk mengenal pasti pergerakan volum tinggi dan rendah, dan membantu mengesahkan pemecahan keluar (breakout) atau isyarat lain berasaskan kepada perubahan volum relatif.
Pengiraan

Pada asasnya, Percentage Volume Oscillator menggunakan formula yang sama dengan PPO. Perbezaannya hanya dalam formula PVO adalah ia mengira moving average untuk volum dan bukannya nilai-nilai harga. Pengiraan adalah seperti berikut:
PVO = (Volum MA Pantas − Volum MA Perlahan) / Volum MA Perlahan × 100Isyarat = Moving average untuk PVOHistogram = PVO − IsyaratDi mana:
- Volum MA Pantas adalah moving average berasaskan volum dengan panjang terendah
- Volum MA Perlahan adalah moving average berasaskan volum dengan panjang tertinggi
Penunjuk memplotkan PVO dan nilai-nilai isyarat sebagai garis dan nilai-nilai histogram sebagai lajur berkod warna. Ia juga memaparkan garis sifar mendatar untuk membezakan nilai-nilai positif dan negatif.
Disebabkan PVO mengukur momentum volum dan bukannya harga, penjelasannya berbeza daripada PPO atau MACD:
- Nilai PVO di atas 0 bermaksud bahawa MA pantas untuk volum adalah lebih besar daripada MA perlahan, menunjukkan nilai di atas purata atau penyertaan pasaran. Nilai PVO di bawah 0 bermaksud sebaliknya.
- Nilai histogram di atas 0 atau PVO bergerak di atas garis isyarat, mencadangkan volum purata jangka pendek sedang menaik. Nilai histogram di bawah 0 atau PVO bergerak di bawah garis isyarat, mencadangkan sebaliknya.
Input

Panjang pantas
Nilai panjang untuk moving average pantas.
Panjang perlahan
Nilai panjang untuk moving average pantas perlahan.
Panjang isyarat
Nilai panjang untuk moving average PVO (garis isyarat).
Jenis MA pengayun
Menentukan jenis untuk purata pantas dan perlahan dalam pengiraan PVO. Pilih "EMA" untuk menggunakan dua exponential moving average, atau "SMA" untuk menggunakan simple moving average.
Jenis MA isyarat
Menentukan jenis untuk moving average yang digunakan penunjuk kepada PVO untuk mengira garis isyarat. Pilih "EMA" untuk exponential moving average, atau "SMA" untuk simple moving average.
Rangka masa
Menetapkan rangka masa yang digunakan penunjuk untuk pengiraannya. Kotak semak "Tunggu rangka masa menutup" di bawah menentukan sama ada penunjuk menunjukkan keputusan hanya apabila bar pada rangka masa tertentu menutup. Lihat artikel Leverajkan analisis berbilang rangka masa untuk mengetahui lebih lanjut.