Simple Moving Average

Definisi

Moving Average (MA) adalah satu penunjuk susulan (atau reaktif) berasaskan harga yang memaparkan harga purata untuk satu sekuriti sepanjang satu tempoh masa ditetapkan. Satu Moving Average adalah satu cara yang bagus untuk mengukur momentum dan juga mengesahkan arah aliran (trend), dan menentukan kawasan sokongan dan rintangan. Secara asasnya, Moving Averages membuang “hingar” apabila ia cuba mentafsirkan carta. Hingar terjadi disebabkan kenaikan dan penurunan kedua-dua harga dan volum. Disebabkan Moving Average ialah satu penunjuk susulan (lagging indicator) dan bereaksi kepada peristiwa yang telah berlaku, ia tidak digunakan sebagai penunjuk ramalan tetapi sebagai penunjuk pentafsiran, digunakan untuk pengesahan dan analisis.

Simple Moving Average ialah Moving Average yang tidak diberatkan. Ini bermakna setiap hari dalam set data mempunyai kepentingan yang sama dan diberatkan secara sekata. Apabila setiap hari baru berakhir, titik data tertua akan dibuang dan yang terbaru akan ditambahkan pada permulaan.

Perlu diingatkan bahawa, walaupun SMA membantu menyaring hingar dan melihat arah umum di mana simbol telah bergerak, ia juga lambat untuk memberikan reaksi kepada perubahan yang baru. Semakin panjang SMA, semakin lambat ia akan mengambil perubahan harga major untuk ditunjukkan di dalamnya. 

PENGIRAAN

Satu Simple Moving Average dengan panjang X adalah jumlah akhir nilai X dibahagikan dengan X. Di sini satu contoh pengiraan SMA dengan panjang 3:
Sum of Period Values / Number of Periods

Closing Prices to be used: 5, 6, 7, 8, 9

First Day of 3 Period SMA: (5 + 6 + 7) / 3 = 6
Second Day of 3 Period SMA: (6 + 7 + 8) / 3 = 7
Third Day of 3 Period SMA: (7 + 8 + 9) /3 = 8

Input

Rangka Masa (Timeframe)

Menentukan rangka masa yang penunjuk dikirakan. Pilihan ini membenarkan pengiraan SMA berdasarkan kepada satu data dari rangka masa lain, cth. SMA dikira pada carta 1J akan dipaparkan pada carta 5m.

Panjang (Length)

Tempoh masa digunakan untuk mengira Simple Moving Average. Nilai lalai ialah 9 hari.

Sumber (Source)

Menentukan data apa dari setiap bar akan digunakan dalam pengiraan. Tutup ialah nilai lalai.

Offset

Menukar nombor ini akan menggerakkan Simple Moving Average sama ada Ke Depan atau Ke Belakang relatif kepada pasaran semasa. Nilai lalai ialah 0.

Pelancaran (Smoothing)

Satu Moving Average tambahan akan dikira berdasarkan kepada data dari SMA utama. Jenis dan panjang untuk Moving Average tambahan itu akan dipilih dalam input Kaedah dan Panjang. Untuk melihat Moving Average tambahan pada carta, ia perlu diaktifkan dalam bahagian Gaya terlebih dahulu.