Exponential Moving Average

Definisi

Exponential Moving Average (EMA) adalah satu jenis moving average khas yang menunjukkan kepada kepentingan data dan maklumat yang paling terkini dari pasaran. Exponential Moving Average adalah sama seperti namanya - ia merupakan eksponen, memberatkan kepada harga yang terkini lebih daripada harga sebelum ini. EMA boleh dibandingkan dan dibezakan dengan simple moving average.

Pengiraan

Formula untuk mengira Exponential Moving Average (EMA) ditunjukkan di bawah.

Definisi:

EMA = Exponential Moving Average

Walaupun ada banyak pilihan boleh didapati apabila mengambilkira faktor pelancaran (smoothing factor), kebanyakan pedagang akan menggunakan nilai 2. Nilai ini memberikan lebih kredibiliti kepada titik-titik data yang terkini yang tersedia. Semakin tinggi faktor pelancaran dinaikkan, semakin kuat pengaruh data terkini akan ada pada moving average.

Untuk mengira EMA, gunakan formula mudah ini.

The Exponential Moving Average adalah sama dengan harga penutup didarabkan dengan pendarab (multiplier), tambah EMA semalam dan didarabkan dengan 1 tolak pendarab (multiplier).

EMA = Harga tutup x pendarab + EMA (hari sebelum) x (1-pendarab)

Pemerhatian

Sama seperti moving average lain, EMA adalah satu penunjuk teknikal yang memberikan isyarat jual dan beli berdasarkan kepada data yang menunjukkan bukti perbezaan (divergence) dan persilangan (crossover) dari purata umum dan sejarah. Sebagai tambahan, EMA cuba untuk menguatkan kepentingan titik-titik data paling terkini dalam pengiraan.

Adalah perkara biasa untuk menggunakan lebih daripada satu panjang EMA pada masa yang sama, untuk memberikan data yang lebih mendalam dan terfokus. Sebagai contoh, dengan memilih moving average 10-hari dan 200-hari , seorang pedagang mampu untuk mendapatkan lebih maklumat dari keputusan dalam dagangan jangka panjang, daripada seorang pedagang yang hanya menganalisa satu panjang EMA sahaja.

Adalah lebih bagus untuk menggunakan EMA semasa pasaran membuat arah aliran (trending), kerana ia menunjukkan arah aliran menaik (uptrend) dan arah aliran menurun (downtrend) apabila satu pasaran itu kuat dan lemah. Seorang pedagang berpengalaman akan melihat kepada apa yang garisan EMA tunjukkan dan juga nisbah perubahan (rate of change) yang datang daripada setiap bar semasa ia bergerak ke titik data seterusnya. Menganalisa titik-titik dan penstriman data ini dengan betul akan membantu pedagang menentukan bila mereka patut beli, jual atau menukar pelaburan daripada keadaan bearis ke bulis atau sebaliknya.

Apa yang perlu diperhatikan

Purata jangka pendek (short term average) pula berbeza apabila digunakan untuk menganalisa data Exponential Moving Average. Ia paling biasa untuk pedagang untuk menyebut harga dan menggunakan EMA 12- dan 26-hari untuk jangka masa pendek. Ini kerana mereka digunakan untuk mencipta penunjuk khas. Lihat Moving Average Convergence Divergence (MACD) untuk lebih maklumat. Sama juga dengan MA 50- dan 200-hari, mereka juga selalunya digunakan untuk menganalisa arah aliran jangka panjang.

Moving average boleh menjadi sangat berguna untuk pedagang yang menggunakan analisa teknikal untuk mendapat keuntungan. Adalah penting untuk mengenalpasti dan mengetahui, kelemahannya, kerana semua moving average akan cenderung mengalami kelambatan berulang (recurring lag). Kadang kala adalah sukar untuk menukar moving average seperti yang anda mahukan, selalunya mempunyai masa yang disukai untuk masuk atau keluar pasaran sebelum  moving average menunjukkan perubahan dalam arah aliran atau pergerakan harga.

Kesemua pernyataan ini adalah benar, akan tetapi, EMA dapat memudahkan hidup pedagang. EMA adalah unik kerana ia meletakkan penekanan lebih kepada data terkini. Disebabkan itu, pergerakan harga dan balikan arah aliran dipantau dengan lebih rapat, menjadikan EMA untuk bertindak lebih cepat daripada moving average lain.

Had

Walaupun menggunakan Exponential Moving Average mempunyai banyak kelebihan apabila menganalisa arah alirasan pasaran, adalah juga tidak diketahui sama ada menggunakan titik data terkini dapat mempengaruhi secara jelas kepada analisa teknikal dan pasaran. Tambahan pula, EMA bergantung kepada data sejarah sebagai asasnya untuk beroperasi dan disebabkan berita, peristiwa dan maklumat lain dapat bertukar dengan pantas, penunjuk boleh tersilap memahami maklumat dengan memberatkan harga terkini lebih tinggi daripada semasa peristiwa sebenar terjadi.

Kesimpulan

Exponential Moving Average (EMA) adalah satu penunjuk moving average dan teknikal yang mencerminkan dan menayangkan data dan maklumat paling terkini dari pasaran untuk pedagang dan bergantung kepada satu asas data sejarah. Ia adalah satu daripada banyak jenis moving average dan mempunyai formula yang mudah untuk dikira.