Vortex Indicator mengandungi dua garisan yang menunjukkan arah aliran menaik (VI+), selalunya ditunjukkan sebagai warna hijau, dan arah aliran menurun (VI-), selalunya ditunjukkan sebagai warna merah. Penunjuk ini secara khusus digunakan untuk menentukan balikan arah aliran (trend reversal) dan mengesahkan arah aliran semasa dan arah.
Dibangunkan oleh kedua-dua Etienne Botes dan Douglas Siepman, Vortex Indicator mula diperkenalkan dalam edisi bulan Januari 2020 untuk majalah “Technical Analysis of Stocks & Commodities”.
Vortex Indicator mempunyai empat bahagian utama untuk pengiraannya. Kami akan pergi ke bahagian demi bahagian untuk seperti berikut.
True range (TR) adalah yang terbesar untuk:
Pergerakan arah aliran menaik dan menurun boleh ditentukan dengan pengiraan garisan arah aliran (trendline) berikut. Selalunya ia akan dipaparkan di bawah satu carta candlestick.
Panjang parameter (n) adalah pilihan pedagang. Pedagang selalunya memilih parameters antara 14 dan 30 hari. Pengiraan untuk panjang parameter adalah seperti berikut:
Mencipta garisan arah aliran VI+ dan VI-. Yang terakhir, pedagang perlu menggunakan formula-formula berikut untuk mengira dua garisan arah aliran untuk Vortex Indicator. Dengan mengulangi proses ini setiap hari, garisan arah aliran akan terbentuk.
Vortex Indicator adalah lebih baik digunakan dengan penunjuk, alat dan corak balikan arah aliran lain untuk menyokong isyarat balikan.
Arah aliran menaik atau isyarat belian, terjadi apabila garisan VI+ di bawah garisan VI- dan kemudian melintas atas VI- untuk menjadi garisan arah aliran puncak.
Arah aliran menurun atau isyarat jualan, terjadi apabila garisan VI- di bawah garisan VI+ dan kemudian melintas atas VI+ untuk menjadi garisan arah aliran puncak.
Petua umum adalah mana-mana garisan arah aliran yang di puncak selalunya yang menentukan posisi satu sekuriti (sama ada menaik atau menurun).
Pedagang hendaklah ingat bahawa apabila menggunakan penunjuk Vortex kerana pelintasan VI+ dan VI- boleh, pada masa tertentu, boleh menjana isyarat dagangan palsu (false trade signal). Ini selalunya terjadi apabila harga beralun-alun dan tidak mempunyai penunjuk atau alat pelancar (smoothing indicator/tool). Untuk menyelesaikan ini, ramai pedagang merasakan lebih mudah untuk melaraskan tempoh masa digunakan untuk mengurangkan isyarat palsu dari tercetus. Jika perkara sebegini terjadi kepada anda, cuba ubah suai tetapan penunjuk dan laraskan tempoh untuk melihat sama ada dengan cara itu anda boleh mendapatkan keputusan lebih baik.
Penunjuk Vortex adalah berdasarkan kepada dua garisan arah aliran (trendline), VI+ dan VI-, yang menunjukkan arah aliran menaik dan menurun (uptrend/downtrend) dalam pasaran semasa. Penunjuk ini dapat membantu menentukan balikan arah aliran (trend reversal) dan mengesahkan arah aliran semasa dan arah, diserlahkan dalam posisi garisan arah aliran dalam hubungan antara satu sama lain.