Bagaimana sekatan berfungsi

Ciri sosial di laman web kami adalah percuma untuk semua. Demi mempertahankan hak untuk menggunakan ciri-ciri ini, kami berharap agar semua pengguna laman web kami dapat mengikuti Peraturan Rumah. Kegagalan untuk melakukannya boleh menyebabkan amaran atau sekatan (antara 5 minit hingga 1 bulan).

Moderator memilih masa yang sesuai berdasarkan kepada pelanggaran dan sejarah sekatan sebelum ini. Amaran atau sekatan pendek adalah selalunya diisukan untuk pelanggaran kali pertama atau kecil dan setiap jujukan pelanggaran, tidak mengira sebab, akan mengakibatkan pengenaan tempoh masa yang lebih lama sehinggalah ia mencapai 1 minggu dan kemudian 1 bulan. Kedua keadaan ini akan diambil sebelum seseorang pengguna disekat sepenuhnya.

Pengecualian: Sekatan serta-merta dan sepenuhnya akan terjadi apabila akaun digunakan untuk aktiviti spam, penyebaran perisian hasad, untuk mengeksploitasi ciri ujian percuma, menerbitkan kandungan tidak sesuai atau diplagiat dan menggunakan akaun-akaun pendua untuk memanipulasikan komuniti atau bilangan reputasi.

Anda akan menerima satu pesanan peribadi dari seorang moderator untuk setiap amaran atau sekatan. Jika anda tidak bersetuju dengan keputusan moderator, sila balas mesej berkenaan.

Harap maklum bahawa pengguna dengan langganan berbayar juga boleh diberi amaran dan dilarang untuk menerbitkan kandungan serta berinteraksi seperti pengguna lain. Pengguna dengan langganan berbayar tidak terkecuali daripada peraturan mengenai bahagian sosial laman web kami.

TradingView berhak untuk mengambil langkah-langkah yang dianggap perlu terhadap tindakan pengguna yang tidak tersenarai dalam peraturan rumah untuk menjaga fungsi baik dan persekitaran yang mesra serta platform yang profesional.