Peraturan Dalaman Umum
Selamat datang ke TradingView, rangkaian pedagang dan pelabur yang paling popular di dunia. Seperti yang anda ketahui, mengurus komuniti yang mempunyai jutaan ahli memerlukan peraturan untuk mengelakkan huru-hara. Peraturan-peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua, termasuk anda dan digubal untuk mendorong tingkah laku beretika ,perbincangan yang sihat dan - paling penting - melindungi ahli-ahli kami dari penyalahgunaan.
Apabila anda mendaftar di TradingView, anda bersetuju untuk mematuhi Peraturan Dalaman kami.Jangan abaikannya. Bantulah kami untuk membina persekitaran usaha sana di mana semua pedagang disambut baik.
Peraturan-peraturan
- Buat idea mudah difahami. Semasa menerbitkan sebarang kandungan, pastikan anda telah menulis tajuk yang mudah dibaca dan keterangan yang baik supaya semua orang dapat memahami karya terbitan anda dan alasan disebaliknya. Jika penerbitan tersebut tidak mempunyai hujah, maka anda tidak patut menerbitkannya.
- Semua kandungan harus bebas daripada iklan. Ini bukan Craiglist, jadi jangan menganggap kandungan TradingView seperti papan iklan peribadi anda. Di sini, ‘kandungan’ termasuk semua jenis penerbitan dan kemas kini, komen, mesej awam dan peribadi di bilik sembang, skrip, kod sumber terbuka, nota pelepasan skrip, dan banyak lagi. Sekali lagi, kami ingin mengingatkan bahawa sekatan ini termasuk: semua iklan, logo , pautan atau rujukan ke sebarang laman web, media sosial, mesej atau kenalan e-mel, nama syarikat,alamat wallet, pemberian, peraduan berhadiah atau pengumuman atau permintaan yang lain.
- Pengecualian: Pelanggan premium dibenarkan memasukkan kenalan, pautan dan permintaan dalam bahagian Tandatangan mereka yang ada di bahagian bawah setiap idea, skrip atau strim yang diterbitkan.
- Tiada pengumpulan dana. Tiada permintaan pengumpulan dana atau pengumpanan untuk wang dibenarkan di mana-mana di TradingView. Kami adalah satu tempat perkongsian pemikiran mengenai pasaran, bukan pengumpanan pemindahan wang, jadi sila bawa permohonan-permohonan berkenaan kepada platform-platform lain yang direkabentuk untuk tujuan itu.
- Menerbitkan dalam bahasa yang sama dengan laman yang anda berada. Menulis dalam satu bahasa apabila pembaca membaca dalam bahasa lain akan membazirkan masa anda tenaga anda, jadi pastikan anda menggunakan bahasa subdomain TradingView yang anda berada di dalam.Semua kandungan harus diterbitkan didalam bahasa dari laman TradingView yang anda gunakan, Sekiranya anda ingin menerbitkan atau berbual dalam bahasa lain, klik pemilih bahasa di menu atas dan pilih bahasa yang dikehendaki.
- Pengecualian: tajuk skrip mestilah dalam bahasa Inggeris dan keterangannya mesti bermula dengan bahasa Inggeris, kemudian diikuti oleh bahasa lain.
- Jangan menciplak.Cipta dan kongsi kandungan yang unik untuk anda. Jangan menyalin atau menggunakan kandungan orang lain tanpa meminta kebenaran dan mengkreditkan kepada tuannya. Pastikan anda mempunyai hak undang-undang untuk menggunakan semula kandungan orang lain. Seperti di sekolah, penjiplakan akan menyebabkan penahanan, penggantungan dan juga pemecatan.
- Bersopan... Bersikap hormat, baik, bertoleransi dan membina, walaupun anda tidak bersetuju. Tidak ada ruang di sini untuk negatif, menyumpah, troll dan konflik kerana ia amat membazir masa.
- ...Jangan menjadi penjahat. Kami mempunyai dasar toleransi sifar untuk wacana politik yang kontroversial, fitnah, ancaman atau diskriminasi, ucapan benci atau serangan peribadi. Pengguna kami adalah keutamaan kami dan kami tidak akan membiarkan sesiapa pun membuli atau memperkecilkan mereka.
- Menerbit dengan teliti: jangan sekali-kali berkongsi kandungan berbahaya, mengelirukan, tidak berkaitan atau tidak sesuai. Elakkan teks, emoji atau dinding carta, SEMUA HURUF BESAR, meletakkan catatan atau berulang kali berkongsi kandungan yang serupa.
- Jangan melawan mod. Mereka adalah sukarelawan barisan depan yang melakukan yang terbaik sambil menderita serangan pasukan troll dan spammer. Jangan membuat kerja mereka lebih sukar daripada yang perlu dilakukan dengan berdebat secara terbuka dengan mereka atau mengkritik penyederhanaan secara umum. Sekiranya anda mempunyai aduan, sila hantarkan mesej peribadi (secara bersopan). Tidak menghormati moderator, sama ada dalam mesej awam atau peribadi, boleh menyebabkan penyekatan sementara atau tetap terhadap akaun anda daripada menggunakan salah satu ciri sosialnya.
- Jangan buat akaun pendua. Atau akaun palsu akaun spam atau akaun yang digunakan untuk bekerja melepasi sekatan. Gunakan hanya akaun asli anda untuk mengelakkan kami dari menyekat anda.
- Jangan cuba mempermainkan sistem kedudukan. Sistem reputasi kita penting untuk menentukan nilai sumbangan pengarang kepada komuniti. Apa-apa bentuk manipulasi reputasi, termasuk tetapi tidak terbatas pada skema ‘like-for-like’ atau ‘follow-for-follow’, suka dan komen tanpa pandang bulu, atau penggunaan beberapa akaun untuk meningkatkan reputasi seseorang secara sengaja adalah tidak dibenarkan
- Ikuti prosedur pengiklanan yang betul. Untuk mengiklan dengan kami, anda mesti menghubungi pasukan kami di sini.
- Broker memerlukan akaun yang khas. Jika anda merupakan broker, institusi atau bank yang menggunakan TradingView, jenis akaun khas adalah wajib. Oleh itu, anda harus menghubungi pasukan kami di sini.
- Laporkan penyalahgunaan. Sekiranya anda melihat kandungan yang jelas melanggar Peraturan Dalaman kami,sila gunakan fungsi pelaporan untuk memberi isyarat kepada moderator. Jangan terlibat dalam perbincangan - biarkan moderator mengurusnya.
- Terima pengecualian (sekali-sekala). Ada masanya kami akan membenarkan atau menampilkan contoh yang boleh membengkokkan atau melanggar salah satu peraturan di atas. Kami melakukan ini sepenuhnya mengikut budi bicara kami sendiri, biasanya kerana kami percaya tindakan itu akan menambah nilai yang lebih besar kepada masyarakat secara keseluruhan. Ini BUKAN jemputan untuk anda menyalin pelanggaran itu sendiri - melanggar peraturan kami adalah cara terpantas untuk menerima sekatan. Percayalah kepada kami: terima pengecualian ini dan jangan mencubanya di rumah.
- Jadilah wira. Hidup ini cukup singkat, dan sebelum anda menyedarinya, saudara-mara anda akan bersiap-siap untuk memilih keranda anda. Oleh itu, adakah anda benar-benar mahu membuang masa berharga anda di bumi ini dengan melakukan perkara-perkara bodoh, penipuan, dan marah yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang? Bagi pihak kami, kami berjanji akan sentiasa berusaha memberi penghargaan kepada mereka yang menentang kekuatan kegelapan, dan yang secara aktif membantu menjadikan komuniti kami sebagai contoh yang terbaik di Internet.
- Berikan jaminan. Anda akui maklumat yang dicipta dan diterbitkan oleh anda di TradingView adalah tidak dilarang, tidak membentuk nasihat pelaburan dan tidak dicipta khusus untuk pelabur yang layak.
Peraturan ini harus dipatuhi untuk setiap sudut laman web kami. Peraturan lain - lebih khusus – peraturan ini juga perlu dipatuhu semasa penggunaan pelbagai ciri di laman web kami. Ingatlah tanggungjawab anda untuk memahaminya SEBELUM anda menggunakan ciri-ciri ini. Ketahui lebih lanjut mengenai mereka di sini:
- Saya ingin mengetahui lanjut tentang Peraturan Dalaman
- Jika anda menyediakan akses berbayar kepada skrip atau menjual perkhidmatan/produk kepada pedagang di luar platform TradingView, kami menghendaki anda memenuhi Syarat Penjual kami.
- Peraturan menerbitkan skrip
- Saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyederhanaan di TradingView
- Bagaimana saya boleh menjadi moderator?
Akhir sekali, teks ini tidak merangkumi sepenuhnya dan kami berhak mengambil sebarang tindakan sewajarnya terhadap tindakan pengguna yang tidak disenaraikan dalam Peraturan Dalaman. Seperti yang anda bayangkan, ini adalah untuk menjaga fungsi yang betul dan sifat mesra dan profesional di TradingView. Harus diingati, penggunaan sumber komuniti dan menerbitkan kandungan bukanlah hak yang diberikan secara automatik: ini adalah hak istimewa yang diberikan kepada anggota yang menghormati nilai kami dan mematuhi peraturan kami.