Strategi Stochastic Slow

Definisi

Penunjuk Stochastic Slow Strategy adalah sejenis khusus pengayun harga yang mampu membandingkan harga penutup satu sekuriti dalam satu julat tertentu (“n”). Ia adalah biasa untuk seseorang pedagang untuk menetapkan satu penunjuk slow stochastic dalam julat 14, akan tetapi, pedagang boleh menentukan ini dengan melakukan analisa sesuai bergantung kepada keperluan dan kehendak mereka.

Pengiraan

Penunjuk Stochastic Slow Strategy dikira berdasarkan kepada tiga komponen utama.

  1. %K:  Slow %K boleh dikira menggunakan formula berikut:

Definisi:

n = julat yang ditetapkan oleh pedagang

Sila ambil maklum bahawa untuk mengira slow stochastic, tukar “n” dengan julat yang anda sedang perhatikan (bilangan tempoh). Slow stochastic boleh dikira pada apa-apa rangka masa, akan tetapi nilai lalai ialah 14, seperti yang disebut di atas.

  1. Sebaik sahaja menggunakan formula di atas, pedagang hendaklah mengambil tiga tempoh Simple Moving Average (SMA) untuk nilai ini supaya dapat digunakan untuk mengira keputusan %K untuk Stochastic Slow Strategy.
  2. %D: Slow %D adalah bersamaan dengan tiga tempoh SMA of Slow %K yang dikira oleh pedagang dalam Langkah 2.

Pemerhatian

Stochastic Slow Strategy mempunyai julat dari 0-100. Jika satu saham melakukan rali, stochastics tidak dapat meneruskan untuk melakukan ketinggian lebih tinggi (higher high) melepasi mata 100. Sebagai tambahan, penunjuk mempunyai had dan sempadan, seperti pengayun yang lain. Dengan mengingati ini, pedagang memahami bahawa penunjuk tidak akan sepenuhnya mampu untuk meniru aksi harga sekuriti sepenuhnya. Pemerhatian utama dari perkara ini adalah pengayun dan stochastics seterusnya akan terus mengikuti arah aliran dalam arah utama, yang merupakan perkara yang ia perlu lakukan.

Apabila menganalisa atau mencari isyarat terlebih jual (oversold) atau terlebih beli (overbought), pedagang sepatutnya sedar mengenai maksud isyarat penunjuk. Jika satu saham merentasi 80, ramai pedagang percaya ini adalah masanya untuk menjual, dan sama juga jika saham merentasi ke bawah 20, ia kelihatan seperti masa yang sesuai untuk menjual, bukan? Penunjuk tidak semestinya menunjuk kepada tingkatan terlebih jual atau terlebih beli, tetapi ia sebenarnya menasihatkan pedagang untuk melihat isyarat dari segi kekuatan dan kelemahan arah aliran (trend). Apabila menentukan maksud isyarat tertentu, perlu diingatkan, ia termasuk bersama-sama kaedah lain dalam analisa teknikal.

Apa yang perlu diperhatikan

Stochastic Slow Strategy lebih memfokuskan kepada tinggi dan rendah dalam satu tempoh, lebih daripada harga penutup. Perkara ini membezakannya daripada pengayun dari penunjuk Relative Strength Index (RSI). Ini juga boleh ditentukan dengan formula pengiraan; di mana penunjuk menganalisa dengan khas tempoh masa (n) untuk tinggi dan rendah. Disebabkan ini, penunjuk Stochastic Slow Strategy mempunyai hasil yang lebih lancar dan bergerak lebih kerap antara isyarat terlebih jual atau terlebih beli.

Kekurangan

Walaupun penunjuk melakukan kerja yang bagus dalam mengunjurkan tingkatan-tingkatan ekstrem dalam pasaran, ia boleh menyusahkan pengguna untuk kerap menerima isyarat untuk saham terlebih jual atau terlebih beli. Pedagang mungkin muak mendapat pemberitahuan dan notifikasi terlalu kerap dan mungkin akan tidak menggunakan langsung penunjuk ini untuk menguruskan posisi mereka dengan kurang hingar (noise).

Penunjuk ini boleh diuruskan dalam tetapannya, tetapi adalah terpulang sepenuhnya kepada pedagang individu untuk menentukan sama ada penunjuk ini sesuai untuk dagangan mereka atau tidak.

Kesimpulan

Penunjuk Stochastic Slow Strategy adalah terbaik untuk mengenalpasti dan menentukan arah aliran utama dalam pasaran. Pengayun menganalisa tempoh tinggi dan rendah untuk menjejak arah aliran dan memberikan isyarat terlebih jual atau terlebih beli kepada pedagang. Apabila digabungkan dengan penunjuk teknikal analisis yang lain, pedagang akan lebih mudah mencapai kejayaan.