Dark Cloud Cover corak candlestick balikan bearis dua lilin yang dijumpai semasa arah aliran menurun. Lilin pertama berwarna hijau dan lebih besar dari saiz badan lilin biasa. Lilin kedua berwarna merah dan membuka di atas bahagian tertinggi lilin sebelumnya, mencipta satu jurang dan kemudian menutup di atas titik pertengahan lilin pertama.
Corak ini menunjukkan adanya perubahan yang mungkin terjadi di dalam momentum dari arah aliran menaik kepada arah aliran menurun, menunjukkan satu balikan mungkin akan terjadi tidak lama lagi.
Versi bearis untuk corak Dark Cloud Cover ialah corak candlestick Piercing.
Input:
Secara tradisinya, corak candlestick ini diiktiraf bersama dengan satu arah aliran tertentu, cth. ia mungkin penting untuk corak jika harga telah menaik atau menurun. Pilihan ‘Kesan Arah Aliran Berdasarkan’ membenarkan anda untuk menyatakan yang mana satu kaedah-kaedah berikut digunakan untuk mengesan arah aliran:
Dengan membandingkan dua SMA berbeza, pilihan 'SMA50, SMA200' hanya mengesan arah aliran yang lebih kuat. Apabila arah aliran adalah lemah dan keadaan di atas tidak dipenuh, tiada corak akan dikesan. Sebaliknya, pilihan 'SMA50' akan juga mengesan arah aliran yang lebih lemah.