Rising Three Methods - Bulis

Rising Three Methods ialah satu corak bulis lima lilin yang menunjukkan penyambungan satu arah aliran menaik sedia ada. Lilin pertama adalah panjang dan berwarna hijau, yang diikuti dengan tiga lilin merah kecil dengan badan di dalam julat badan lilin pertama. Lilin terakhir juga berwarna hijau dan panjang dan ia menutup di atas penutup lilin pertama. Lilin bulis kuat ke lima ini memberikan isyarat kuasa jualan tidak akan menukar arah arah aliran menaik terkini dan kuasa belian telah dapat mengawal semula pasaran.

Versi bearis untuk corak Rising Three Methods ialah corak candlestick Falling Three Methods

Input:

Secara tradisinya, corak candlestick ini diiktiraf bersama dengan satu arah aliran tertentu, cth. ia mungkin penting untuk corak jika harga telah menaik atau menurun. Pilihan ‘Kesan Arah Aliran Berdasarkan’ membenarkan anda untuk menyatakan yang mana satu kaedah-kaedah berikut digunakan untuk mengesan arah aliran:

  • SMA50 - penunjuk membandingkan harga semasa simbol kepada Simple Moving Average (SMA) nya dengan panjang 50. Jika harga semasa adalah di bawah SMA, pergerakan harga ini dikira sebagai satu penurunan. Jika harga di atas SMA, ia adalah satu kenaikan.
  • SMA50, SMA200 - penunjuk membandingkan secara berbeza harga semasa kepada SMA50 dan SMA50 kepada SMA200. Jika harga semasa adalah di atas SMA50 dan SMA50 adalah di atas SMA200, ini dikira sebagai satu kenaikan. Jika harga di bawah SMA50 dan SMA50 adalah di bawah SMA200, ini adalah satu penurunan.
  • Tiada pengesanan - penunjuk tidak mengambil kira arah aliran harga.

Dengan membandingkan dua SMA berbeza, pilihan 'SMA50, SMA200' hanya mengesan arah aliran yang lebih kuat. Apabila arah aliran adalah lemah dan keadaan di atas tidak dipenuh, tiada corak akan dikesan. Sebaliknya, pilihan 'SMA50' akan juga mengesan arah aliran yang lebih lemah.