Volatility Stop

Definisi

Volatility Stop ialah satu penunjuk teknikal yang digunakan oleh pedagang untuk membantu meletakkan henti rugi (stop loss) secara efektif. Dengan menggunakan penunjuk ini, pedagang mampu mencipta satu keseimbangan (equilibrium) di antara keuntungan dagangan dan kawalan risiko dalam pasaran. Henti rugi perlu diketatkan dengan ketara untuk mengawal risiko, tetapi masih perlu menjadi cukup luas untuk memberikan ruang untuk pasaran dalam memastikan pedagang tidak dihentikan keluar dari dagangan terlalu awal.

Pengiraan

Untuk memulakan pengiraan untuk penunjuk Volatility Stop, adalah penting untuk memahami tiga konsep utama yang berkaitan dengan henti rugi ketidakstabilan (volatility stop-loss): ukuran ketidakstabilan, berbilang keselamatan (safety multiple) dan harga sauh (anchor price). Mari kita analisa konsep-konsep ini dengan lebih lanjut.

Ukuran ketidakstabilan (Volatility measurement). Pedagang perlu mula memilih cara bagaimana mereka mahu mengukur ketidakstabilan. Ini boleh dilakukan dengan satu sisihan piawai.

Berbilang keselamatan (safety multiple). Dengan memutuskan pada satu berbilang keselamatan, pedagang menambah sejenis penampan (buffer) kepada pasaran untuk menyaring hingar. Sebagai tambahan, berbilang keselamatan boleh memberikan isyarat tahap agresif pedagang dengan penempatan henti ruginya. Sebagai contoh, berbilang keselamatan boleh ditetapkan pada satu gandaan 3, tetapi ia ditetapkan mengikut kesesuaian pedagang. Mempunyai beberapa berbilang keselamatan akan membenarkan satu henti rugi yang lebih ketat, dengan kawalan risiko untuk apa-apa potensi keuntungan. Cara yang lain, berbilang keselamatan akan meletakkan satu henti rugi dengan lebih risiko sisa tetapi dengan keluasan pasaran lebih besar. Berbilang keselamatan dipilih, disebabkan itu ia mempunyai keupayaan untuk menunjukkan apakah jangkaan pedagang dalam terma aksi harga dalam pasaran.

Harga sauh (Price anchor). Nilai yang anda dapat selepas menentukan ukuran ketidakstabilan dan berbilang keselamatan akan menjadi keputusan untuk jarak henti rugi anda, terutamanya berkenaan harga. Sebagai contoh, jika anda menggunakan sisihan piawai 7 sebagai ukuran ketidakstabilan, dan satu gandaan 3 sebagai berbilang keselamatan, hasil nilai-nilai ini akan menjadi 21 (7 x 3 = 21). Selepas itu, pilih sauh harga anda. Sebagai contoh, ini boleh menjadi harga penutup akhir.

Sauh harga paling biasa yang disenaraikan adalah harga bar tinggi, rendah dan tutup. Sebagai tambahan, Moving Averages (MAs) juga boleh digunakan oleh pedagang sebagai sauh harga. Apabila memasuki satu posisi panjang atau singkat (long/short-position), menetapkan sauh harga sebagai bar tinggi atau rendah, boleh mengakibatkan satu henti rugi yang lebih ketat. Dengan menggunakan harga penutup pula sebagai sauh harga, pedagang boleh mendapatkan keputusan yang lebih lancar.

Jarak henti rugi boleh ditentukan dengan nilai yang dipilih dari harga sauh (anchor price). Ini membantu pedagang menentukan di mana untuk meletakkan henti rugi. Penetapan ini bergantung kepada posisi pedagang (posisi panjang atau singkat). Dari sini, anda tolak hasil nilai sisihan piawai dan berbilang keselamatan (safety multiple) dan harga sauh (anchor price).

Pemerhatian

Ada banyak kaedah henti rugi ketidakstabilan yang ada untuk membantu pedagang mencari keseimbangan antara pengurusan keuntungan dan risiko. Mari kita analisa beberapa penunjuk dan lihat bagaimana strategi-strategi dapat menentukan tiga komponen penting untuk penunjuk Volatility Stop seperti yang disenaraikan dalam bahagian Pengiraan.

Bollinger Bands. Penunjuk Bollinger Bands bergantung kepada sisihan piawai untuk kedua-dua pengiraan dan pelaksanaan dan disebabkan itu, ia merupakan satu alat yang bagus untuk digunakan bersama-sama dengan Volatility Stop. Jalur bawah boleh berfungsi sebagai henti rugi untuk posisi panjang (long position), walaupun penunjuk itu sendiri tidak bertujuan untuk membantu henti rugi. Jalur membesar apabila ketidakstabilan (volatility) menaik, dan pedagang hendaklah berhati-hati dengan unjuran penunjuk, terutamanya apabila jalur bergerak menjauhi harga.

Keltner Bands. Penunjuk Keltner Bands adalah serupa dengan Bollinger Bands, tetapi ia bergantung kepada Average True Range (ATR), dan bukannya sisihan piawai.

Apa yang perlu diperhatikan

Henti rugi boleh diurus oleh dan kadang kala berdasarkan kepada corak harga, tetapi juga bergantung kepada sokongan dan rintangan untuk berfungsi. Pedagang mungkin tidak selalu mampu untuk mencari pembentukan aksi harga yang sesuai semasa cuba meletakkan henti rugi. Akan tetapi, ia boleh diletakkan berdasarkan kepada ketidakstabilan (volatility), dan disebabkan itu Volatility Stop boleh menjadi penunjuk yang penting. Kaedah dan strategi yang tersedia untuk pedagang menggunakan Volatility Stop juga adalah objektif dan mudah untuk diprogram, yang menjadikannya lebih berguna kepada pedagang yang bergantung kepada analisa algoritma.

Satu perkara perlu diingatkan adalah pedagang hendaklah meletakkan henti rugi dengan cermat dan mengambilkira penempatan ini sebagai satu prioriti tinggi apabila menggunakan penunjuk ini. Penempatan tidak boleh secara rawak, hendaklah difikirkan dengan teliti. Bermakna, penempatan henti rugi adalah sangat penting. 

Kekangan

Penunjuk Volatility Stop mempunyai beberapa kekangan, satu daripadanya adalah pedagang hendaklah melaraskan parameter input. Parameter ini boleh ditetapkan seperti nilai lalai atau ditukar mengikut kesesuaian pedagang.

Mereka yang menggunakan penunjuk ini selalu mengandaikan bahawa ketidakstabilan (volatility) pasaran sekarang dan akan datang adalah terletak pada ketidakstabilan terdahulu (historical volatility) dan ia akan berterusan. Akan tetapi, perkara ini tidak selalunya terjadi dan pedagang hendaklah menyedari bahawa analisa ketidakstabilan terdahulu mungkin tidak mempengaruhi henti rugi sekarang dan akan datang.

Kesimpulan

Penunjuk Volatility Stop membantu meletakkan henti rugi (stop-loss) efektif untuk menbangunkan satu keseimbangan di antara mendapatkan keuntungan dagangan dan mengawal risiko pasaran. Henti rugi diperlukan adalah penting dan tidak sepatutnya dirawakkan (randomized). Ini membantu meminimumkan risiko. Pedagang juga hendaklah tau bahawa menggunakan penunjuk lain sebagai tambahan kepada Volatility Stop akan membantu mencapai sasaran keseluruhan pengurusan keuntungan dan risiko.