Rob Booker Ziv Ghost Pivots

Definisi

Ziv Ghost Pivots ialah satu penunjuk dinamik yang digunakan untuk mendapatkan tingkatan sasaran pangsi (pivot) untuk satu dagangan tertentu. Dalam tetapan penunjuk, ada pelbagai pilihan yang mengandungi tempoh pangsi: 4 jam, esok (8 jam), minggu depan dan bulan depan. Tetapan ini membenarkan pengguna melihat tingkatan sasaran pangsi untuk tempoh tertentu dalam tetapan penunjuk.

Pemerhatian

Rob Booker, seorang ahli perniagaan dan pedagang mata wang, mencadangkan penggunaan penunjuk Ziv Ghost Pivots  dan memilih hanya “pangsi minggu depan” untuk unjuran tingkatan sasaran pangsi. Kaedah khas ini menunjukkan kepada pengguna di mana pangsi yang sepadan dengan akhir minggu. Booker mendakwa strategi ini adalah satu “sasaran keuntungan” yang hebat.

Ghost Pivot diterangkan secara sedemikian kerana sasaran secara teknikalnya masih belum wujud... lagi. Jika anda melaraskan tetapan kepada minggu depan, dan sekarang masih lagi minggu ini dan disebabkan itu pangsi itu merupakan satu ramalan. Satu ghost pivot dipaparkan di mana sasaran akan wujud jika hari ini adalah hari pertama untuk minggu depan.

Apa yang perlu diperhatikan

Untuk mendapatkan sasaran berkemungkinan tinggi, Booker menyuruh pedagang memerhatikan dengan cermat pada hari Khamis dan Jumaat.

Kesimpulan

Penunjuk Ziv Ghost Pivot adalah bagus untuk pedagang yang mahu mencari sasaran berkemungkinan tinggi. Walaupun Ghost Pivots tidak wujud pada masa mereka digunakan, ia menunjukkan apakah tingkatan masa depan akan kelihatan untuk pedagang bertindak pada sasaran yang menguntungkan. Dengan membuka tetapan penunjuk, pedagang boleh mengubah tempoh paksi dan mencari tempoh masa yang sesuai untuk mereka.