Arnaud Legoux Moving Average

Definisi

Arnaud Legoux Moving Average (ALMA) adalah berbeza dari moving averages lain kerana rekabentuk khususnya menggunakan Taburan Gaussian yang dianjakkan dengan satu ofset dikira untuk menjadikan average lebih bias kepada hari-hari terkini, dan bukannya lebih bertumpu di tingkap (window). Dibina pada Moving Average Framework umum, ALMA mampu menggunakan pelbagai penunjuk bersama-sama keupayaannya dan dijalankan pada pelbagai rangka masa, dengan tambahan jenis bar tersuai.

Sejarah 

Penunjuk Arnaud Legoux Moving Average (ALMA) dibangunkan oleh Arnaud Legoux dan Dimitrios Douzis-Loukas semasa mereka cuba mencipta satu moving average baru dan dipertingkatkan yang boleh menunjukkan kelancaran canggih (advanced smoothness) dan responsif berbanding moving averages lain semasa ia dibangunkan. Legoux menyatakan bahawa ALMA moving average diinspirasikan oleh Gaussian Filter dan selalu membandingkan moving average dibangunkannya kepada Hull Moving Average (HMA), yang dikatakan dapat mengatasi ALMA dari segi efektif dan kelancarannya.

Pengiraan

  1. Untuk mengira Arnaud Legoux Moving Average (ALMA), anda hendaklah mengira satu berat untuk saiz tingkap (window's size) menggunakan siri input anda dan memberikan berat kepadanya dengan satu fungsi Gaussian dengan satu nilai puncak ditentukan oleh ofset, dan satu lebar ditentukan oleh sigma.
  2. Jumlah diberatkan ini kemudiannya dibahagikan dengan jumlah keseluruhan berat. 

Pemerhatian

Tujuan utama Arnaud Legoux Moving Average (ALMA) adalah untuk menjana isyarat-isyarat paling boleh dipercayai berbanding moving average lain. Untuk mencapai tujuan ini, ALMA menggunakan average daripada kiri ke kanan, kemudian dari kanan ke kiri, dan mencipta satu garisan kombo (combo line). Isyarat kombo, dilaraskan sewajarnya dengan menggunakan satu Gaussian Offset yang boleh melaraskan garisan kombo kepada harga semasa dan satu sigma.

Apa yang perlu diperhatikan

Arnaud Legoux Moving Average mempunyai tiga elemen di dalamnya:

Window: Element ini adalah tempoh masa. Secara lalai, window ditetapkan kepada tempoh 9, tetapi ia masih boleh disesuaikan mengikut apa-apa jenis dagangan.

Offset: Element ini adalah Gaussian yang didimasukkan kepada garisan kombo (combo line) dan boleh diselaraskan dengan harga semasa. Nilai lalainya ditetapkan kepada 0.85, tetapi dengan menetapkannya kepada 1, anda boleh menjadikannya selaras sepenuhnya dengan harga semasa (sama seperti bagaimana satu Exponential Moving Average (EMA) dengan tetapan 0 seperti satu Simple Moving Average (SMA)). 0.85 adalah nilai yang disyorkan, akan tetapi, anda masih boleh menyesuaikannya seperti elemen tingkap (window element).

Sigma: Elemen ini adalah satu sisihan piawai yang dimasukkan kepada garisan kombo untuk menjadikannya lebih jelas. Nilai lalai ditetapkan kepada 6 dan adalah tidak digalakkan untuk menukar tetapan ini. Nilai 6 adalah diinspirasikan dari proses Six Sigma.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Arnaud Legoux Moving Average adalah satu moving average yang dibentuk khas untuk kelancaran dan tindak balas optimum. Ia dicipta untuk menjadi satu moving average yang unggul pada masa pembangunannya dan selalunya dirujuk sebagai satu average utama yang diikuti oleh ramai pedagang dan pelabur untuk saringan pasaran. Untuk mengikuti average ini tanpa akses kepadanya dalam penyaring anda, cuma laraskan tetapan Exponential Moving Average (EMA) dan/atau Simple Moving Average (SMA) kesukaan seperti yang dijelaskan pada bahagian di atas.