Strategi Volty Expan Close

Definisi

Strategi Volatility Expansion adalah mencipta satu saluran berdasarkan kepada purata True Range untuk bar-bar akhir X, didarabkan dengan satu faktor. Kedua-dua panjang purata dan faktor boleh ditukar di dalam tetapan penunjuk. Saluran dicipta dengan menambah dan menolak nilai yang terhasil daripada harga penutup. Jika harga bar terkini lebih besar daripada jalur atas (upper band) dari bar sebelumnya, satu pesanan panjang akan dicipta. Jika harga bar terkini adalah lebih rendah daripada jalur bawah (lower band) dari bar sebelumnya, satu kedudukan singkat akan dibuka.

Rumusan

Strategi Volatility Expansion adalah satu cara lebih canggih untuk memeriksa satu aset sama ada satu pecah keluar (breakout,) pecah ke bawah (breakdown) atau lonjakan tiba-tiba dalam pergerakan harga. Strategi memeriksa nilai True Range untuk sesuatu simbol, mencipta satu saluran menggunakan julat itu dan kemudiannya memasuki kedudukan panjang atau singkat bergantung kepada pergerakan harga sebaik sahaja julat telah dicipta. Jika harga bar terkini adalah lebih besar daripada jalur atas dari bar sebelumnya, satu pesanan panjang akan dicipta. Jika harga bar terkini adalah lebih rendah daripada jalur bawah (lower band) dari bar sebelumnya, satu kedudukan singkat akan dibuka.