Kami percaya pasaran kewangan lebih menyeronokkan apabila orang ramai dapat berkongsi idea secara bebas, belajar dari orang lain, dan bertemu seperti pedagang yang berpergetahuaan. Itulah sebabnya kami membuat bilik sembang awam dan peribadi di TradingView. Dengan bilik sembang TradingView, anda boleh berbincang, berkongsi, dan belajar dengan beribu-ribu peserta pasaran dengan secara bebasnya.
Untuk mengambil bahagian dalam bilik sembang TradingView, anda perlu memperoleh minimum 5 mata reputasi. Ini dapat diperoleh dengan berkongsi idea perdagangan anda, atau mengulas idea orang lain dengan maklum balas yang membina. Kami mempunyai ruang sembang untuk semua kelas aset. Sekiranya anda bukan penggemar dalam berbual di khalayak ramai, tetapi masih ingin bertukar fikiran dengan pengguna tertentu, sembang peribadi boleh dilakukan. Dalam catatan ini, kami akan mengajar anda cara menggunakan setiap ciri bilik sembang di TradingView.
Nota: Sila pastikan anda telah membaca Peraturan Dalaman sebelum mengambil bahagian, ia untuk mengelak daripada anda di penalti.
Kandungan sembang awam dapat dilihat dan diakses oleh semua pengunjung TradingView. Untuk membuka tetingkap sembang awam, cukup hanya dengan klik ikon di dok di sebelah kanan skrin anda.
Mengklik ikon ini akan membuka senarai bilik sembang awam. Pilih bilik sembang anda ingin sertai. Klik sekali lagi akan menyembunyikan bilik sembang.
Ingin mencari ruang sembang tertentu? Klik kaca pembesar dan masukkan apa yang anda cari di kotak carian yang muncul di bawahnya.
Mengklik pada roda gigi akan membuka tetingkap tetapan untuk sembang di mana anda akan mempunyai banyak pilihan yang boleh anda terokai.
Apa yang terdapat dalam mesej Sembang Umum?
Setiap mesej sembang mengandungi maklumat mengenai orang yang menyiarkannya:
Selain itu, anda juga akan dapat melihat nama instrumen yang digunakan pengguna untuk melihat, rangka masa dan masa mesej itu dihantar.
Sekiranya mesej mengandungi carta seperti di atas, anda boleh mengklik pada carta itu untuk membesarkannya, atau membuka penerbitan idea, bergantung pada apakah gambaran atau idea telah dikongsi. Sekiranya anda menyukai carta atau penerbitan tersebut, anda boleh mengklik ikon ibu jari di sudut kiri atas.
Membalas kepada pengguna tertentu:
Klik pada nama pengguna yang ingin anda balas, ini akan menanda untuk pengguna berkenaan dalam mesej anda. Ia juga akan membuka tetingkap maklumat dengan menyiarkan lebih banyak maklumat mengenai pengguna:
You can see the number of followers, published ideas and reputation points as well as the options to follow, send a private message or send TradingView Coins.Anda dapat melihat jumlah pengikut, idea yang diterbitkan dan mata reputasi serta pilihan untuk mengikuti, menghantar mesej peribadi atau menghantar TradingView Coins.
Klik kanan pada mesej akan membuka tetingkap dialog dengan beberapa pilihan lain:
Kandungan Sembang Peribadi hanya dapat dilihat oleh anda dan pengguna dalam sembang ini. Walaup
un kami mendorong anda untuk mengambil bahagian dalam sembang umum dan berkongsi maklumat di sana, kadang-kadang anda ingin mendalami topik tertentu dengan pengguna tertentu. Tidak ada pengguna yang boleh menyertai Sembang Peribadi yang ada tanpa dijemput.
Segala mesej langsung dari moderator, termasuk mesej amaran atau larangan akan dikirim sebagai Sembang Peribadi. Penting untuk anda memeriksa secara berkala sama ada anda ada menerimanya.
Bagaimana untuk memulakan sembang peribadi baru?
Terdapat beberapa cara untuk memulakan Sembang Peribadi baru:
Bagaimana cara menambahkan pengguna tambahan ke Sembang Peribadi anda?
TradingView menawarkan kebolehan untuk menambah atau membuang pengguna tambahan ke Sembang Peribadi.
Apa yang ada dalam mesej Sembang Peribadi?
Kandungan mesej Sembang Peribadi adalah sama seperti untuk mesej Sembang Umum.
Pilihan semasa menggunakan Sembang Peribadi
Anda boleh memasukkan kod Pine dalam bilik sembang dengan menambahkan kod anda dengan tag [pine] dan [/pine] di depan dan belakang kod anda.
Soalan selanjutnya? Jangan teragak-agak untuk menghubungi moderator kami, kami dengan senang hati akan membantu anda.