Menerbitkan Idea Pendidikan

Apakah itu Idea Pendidikan?

Ia mungkin nampak mudah, tetapi idea pendidikan adalah bersifat pendidikan. Ianya bukan aturan perdagangan untuk simbol tertentu pada waktu tertentu, sebaliknya ianya membincangkan bagaimana kaedah proses perdagangan, jenis-jenis analisa dengan pendekatan yang berbeza atau funngsi alat-alat tertentu. Idea-idea ini mempunyai nilai tersendiri dan kaitannya dalam jangka masa yang lama. Idea pendidikan membantu pedagang dan pelabur membuat keputusan yang lebih tepat dan merangkumi topik yang sangat luas seperti psikologi perdagangan, pengurusan risiko serta amalan terbaik mengenai cara menggunakan alat tertentu termasuk lajur yang berkaitan dengan perdagangan atau konfigurasi corak terperinci.

Idea perdagangan yang diterbitkan hanya untuk tujuan pendidikan tidak termasuk dalam kategori ini dan ianya harus diterbitkan sebagai Analisis.

Idea Pendidikan dan Penyederhanan.

Misi kami adalah untuk menyediakan bahan pendidikan yang baik untuk membantu peniaga dan pelabur membuat keputusan yang lebih tepat. Oleh itu, kami akan menyaring semua kandungan yang ditanda sebagai Tutorial sebelum diterbitkan. Justeru, hanya idea yang mengandungi kandungan pendidikan yang baik akan diterbitkan. Kandungan yang tidak memenuhi jangkaan kami akan terus disembunyikan. Anda juga akan menerima mesej peribadi daripada pasukan moderator kami dengan hasilnya apabila penerbitan anda telah disemak.

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Mengenai Ciri-ciri Carta Harga Rujuk rakan Peraturan Dalaman Pusat Bantuan Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Blog & Berita Twitter