Bagaimana memulihkan akaun anda
Pemulihan akaun membantu anda mendapatkan semula akses kepada akaun TradingView anda.
Jika anda sudah memeriksa kelayakan log masuk sah anda (nama pengguna/e-mel dan kata laluan) dan mereka tidak berfungsi, anda perlu menggunakan salah satu daripada borang pemulihan, bergantung kepada jenis isu.
Jika anda ada akses kepada e-mel dan nombor telefon anda
Jika butiran akaun anda — nama pengguna, e-mel atau kata laluan — tidak sah dan memasuki menerusi media sosial atau akaun Google tidak dapat dilakukan, anda boleh memulihkan akses kepada akaun anda menerusi borang pemulihan kata laluan.
Untuk melakukan ini, klik pada "Saya lupa kata laluan atau tidak boleh log masuk"
Kemudian masukkan nama pengguna anda, e-mel atau nombor telefon yang berkaitan dengan akaun anda.
Anda kemudian akan menerima mesej dengan kod dihantarkan kepada:
- E-mel anda
- Telefon anda menggunakan SMS
Jika anda kehilangan akses kepada e-mel dan nombor telefon anda
Dalam kes sebegini, anda perlu menghantarkan permintaan melalui borang pemulihan akaun.
! Nota: Anda perlu memasukkan maklumat pengebilan anda untuk mengesahkan pemilikan akaun dan identiti anda. Kami akan menghubungi anda menerusi alamat e-mel yang anda berikan dalam borang permohonan.
Kami mungkin akan meminta gambar tambahan untuk mengesahkan identiti anda:
- Kad IC anda
- Kad bank anda
- Gambar anda
Ini untuk memastikan hanya anda yang layak untuk mendapatkan semula akses kepada akaun anda dan bukan orang lain.
Kami hanya menggunakan maklumat ini untuk memulihkan akaun anda dan kami tidak berkongsi maklumat mengenainya dengan orang lain.
Kami harap panduan ini membantu anda melindungi akaun anda supaya anda boleh menikmati analisis kewangan dan melabur dengan aman.
Sila kongsi artikel ini dengan yang lain, mereka yang boleh mendapat kebaikan daripadanya.
Dari bahagian kami, kami melakukan segalanya yang mungkin untuk menjaga dan melindungi akaun anda.
Akan tetapi, tiada siapa yang boleh melindungi anda lebih baik daripada anda sendiri.
Keselamatan anda berada dalam tangan anda.
— Pasukan TradingView
Juga baca: