Strategi Technical Rating

Definisi

Strategi ini adalah berdasarkan kepada isyarat penunjuk “Technical Ratings”. Ketahui lebih lanjut mengenai isyarat yang dijana oleh penunjuk ini di sini.

Ringkasan

Strategi ini mencipta satu pesanan untuk posisi panjang apabila isyarat “Beli Kuat” muncul dan satu pesanan untuk posisi singkat apabila satu isyarat “Jual Kuat” terpapar pada penunjuk Technical Ratings. Satu isyarat dijana untuk satu kumpulan penunjuk. Menggunakan input “Rating is based on”, anda boleh memilih satu kumpulan penunjuk untuk digunakan untuk menjana isyarat.

Untuk semua pesanan yang dibuka oleh strategi ini, satu renti rugi tetap adalah ditetapkan pada tingkatan 3 * ATR(14) dan satu hentian jejak, yang diaktifkan apabila keuntungan bersamaan dengan 5 * ATR(14) dan ditetapkan pada tingkatan 2 * ATR(14) pada keuntungan maksimum selepas had pengaktifan.

Nota: TradingView tidak mengesyorkan sesiapa untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan hanya berdasarkan kepada cadangan penunjuk Technical Ratings. Cadangan yang diberikan ini hanyalah menunjukkan pemenuhan beberapa keadaan untuk satu set penunjuk-penunjuk individu yang mungkin membantu pengguna untuk mencari keadaan yang berpotensi untuk dagangan, jika perkara ini konsisten dengan strategi mereka.