Bagaimana untuk menyegerakkan carta-carta di susun atur saya?

Anda boleh menyegerakkan carta-carta anda dalam susun atur carta berganda dengan mengklik pada butang "Pilih Susun Atur" di bar alat utama anda dan memilih elemen-elemen yang anda mahu segerakkan. Dengan menu ini, anda boleh menyegerakkan elemen-elemen carta seperti berikut: simbol, rerambut silang, selang, masa dan julat tarikh. Contohnya, jika anda mahu menggunakan simbol yang sama untuk kedua-dua carta, maka anda perlu memilih "Simbol".

 

Untuk mengaktifkan segerakan pada objek-objek lukisan, buka mod pelbagai carta di menu Pilih Susun Atur.


Sekarang aktifkan segerakan objek-objek lukisan menggunakan butang pada panel kiri. 

Harap maklum bahawa lukisan hanya boleh disegerakkan di carta yang mengandungi simbol yang sama.

Anda juga boleh menyegerakkan simbol dan selang antara carta secara individu dengan menambahkan mereka kepada kumpulan berbeza. Untuk melakukan ini, klik pada ikon segerakan carta Simbol/selang pada garisan Status atau menu konteks Siri untuk carta yang anda mahu tambahkan kepada kumpulan, dan pilih salah satu emoji dalam senarai. Semua carta yang ditandakan dengan emoji yang sama akan disegerakkan. Untuk membuang satu carta dari satu kumpulan, hanya perlu tekan nyahaktif pada emoji.