Bagaimanakah volum Relatif dikira?

Volum Relatif terdiri daripada Volum yang dibahagi dengan Volum Purata di mana Volum Purata adalah Purata Bergerak Ringkas (Simple Moving Average), yang dikira berdasarkan 10 tempoh terakhir (tidak mengambil kira bar volum semasa).

Volum Relatif = volum / volum purata.

Inilah skrip yang membolehkan anda memplot Volum Relatif ke atas carta anda:

//@version=4study("RelVol")AvgVol = sma(volume,10)plot(volume/AvgVol[1], title="Relative Volume")
Java

Ia memerlukan 10 bar terakhir untuk membentuk SMA, dan kemudian membahagikan volum dengan SMA ini untuk mendapat Volum Relatif.

 

Volum Relatif boleh dikira pada selang waktu yang tersedia, dalam senarai yang anda lihat setelah mengklik butang Selang Masa di bahagian atas penyaring. Ini bermaksud apabila anda mengubah selang, Volum Relatif dikira semula.

 

Volum Relatif tidak dikira semasa Waktu lanjutan, cuma semasa sesi perdagangan biasa.

 

Volum Relatif pada Masa pula - selain daripada mengambil 10 bar terakhir - hanya ambil volum purata untuk satu bar tunggal dalam sehari (untuk 10 hari terakhir), mengikut mana satu bar yang sepadan dengan masa terkini. Sebagai contoh, kami mengira Volum Relatif pada Masa pada rangka masa satu jam (1h) pada jam 9:30. Ia mengambil volum purata untuk setiap bar sejam 9:30 untuk 10 hari terakhir dan mengira volum relatif berdasarkan kepada data itu. Seperti ini, untuk setiap bar (lilin) yang diserlahkan dengan garis menegak biru: