Kenapa Penyaring saya kosong? Kenapa tidak ada padanan di dalam Penyaring?

Sekiranya jadual Penyaring anda benar-benar kosong atau hasil penyaring tidak mempunyai simbol, mungkin ada beberapa sebab:

 

Pastikan anda belum mengaktifkan penapisan simbol yang ditanda. Mungkin simbol-simbol ini tidak diwakili dalam penyaring jenis ini, atau pada masa ini simbol-simbol ini tidak padan dengan penapisan yang anda tetapkan.

Sekiranya anda menggunakan set penapis Penyaring khusus anda, mungkin juga penapisan anda terlalu sempit , sehingga tidak ada simbol yang berpadanan dengan kriteria anda. Sila cuba pilih mana-mana pratetapan lalai, misalnya Permodalan Pasaran, dan periksa untuk simbol.

 

Di samping itu, anda boleh memeriksa penyaring Hari dagangan terkini.

Fungsi ini membuang dari hasil saringan, simbol-simbol yang tidak didagang sekarang dalam sesi pasaran pilihan anda.

Susun simbol mengikut lajur pertama - nama simbol. Sekiranya anda telah menetapkan susunan mengikut satu lajur yang tiada data, jadual juga akan menjadi kosong.

Sekiranya anda pasti bahawa ada simbol tertentu yang harus muncul dalam pilihan tetapi tiada, sila buka tiket sokongan dari halaman carta, di mana:

● Simbol ini terbuka dalam carta,

● Penyaring dibuka di bawah carta anda,

● Skrin ditetapkan kepada Penyaring di mana anda sedang menunggu simbol.

Tentukan waktu yang paling tepat apabila, menurut pendapat anda, simbol tersebut seharusnya muncul dalam hasil Penyaring.