Apakah itu Perpustakaan Pine dan bagaimana saya boleh menggunakannya?

Perpustakaan Pine merupakan sejenis terbitan skrip yang istimewa dan berguna kepada pengaturcara Pine. Mereka tidak harus dikelirukan dengan Perpustakaan Awam TradingView, di mana semua skrip Pine awam diterbitkan di platform kami.

Perpustakaan Pine adalah skrip-skrip yang mengandungi fungsi-fungsi yang boleh digunabalik dalam skrip Pine yang lain, seperti penunjuk-penunjuk, strategi-strategi, ataupun perpustakaan yang lain. Perpustakaan berguna untuk mentakrifkan fungsi-fungsi yang kerap dipakai supaya kod sumber mereka tidak perlu dimasukkan ke dalam setiap skrip di mana mereka diperlukan. 

Disebabkan perpustakaan memberi akses kepada kod yang senang digunabalik, mereka tidak sepatutnya diaplikasikan ke atas carta. Sebaliknya, semasa menulis skrip anda perlu mengimport perpustakaan dengan menggunakan kata kunci yang khas. Untuk kaedah pantas, pakailah butang “Salin … ke papan klip” yang terdapat pada laman perpustakan yang diterbitkan. Sebuah tutorial mendalam tentang penulisan dan pemakaian Perpustakaan boleh dijumpai di manual pengguna kami.

Semua perpustakaan diterbitkan sebagai sumber terbuka. Skrip-skrip awam hanya boleh memakai perpustakaan awam. Skrip-skrip persendirian atau skrip-skrip peribadi yang disimpan dalam Pine Editor boleh menggunakan perpustakaan awam ataupun persendirian. Sebuah pustaka boleh memakai pustak-pustaka lain, malah memakai versi-versi sendiri sebelumnya.

Perpustakaan  awam dikira sebagai kod domain awam di dalam Peraturan Dalaman mengenai Penerbitan Skrip, ianya berlawanan dengan penunjuk-penunjuk dan strategi-strategi sumber terbuka, maksudnya kebenaran daripada pencipta tidak diperlukan apabila anda ingin menggunakan fungsi-fungsi mereka dalam skrip-skrip sumber terbuka anda. Jika anda bertujuan untuk memakai fungsi-fungsi sebuah perpustakaan awam di dalam terbitan awam sumber tertutup (terlindung atau jemputan sahaja), kebenaran eksplisit untuk tujuan tersebut hendaklah diperoleh dari penciptanya.

Dengan peruntukan bahawa perpustakaan awam Pine merupakan “domain awam”, ia adalah tertakluk kepada peraturan sumber terbuka yang kami guna, dan anda boleh mendapati peraturan tersebut dari Peraturan Dalaman mengenai Penerbitan Skrip.