Penukaran matawang di dalam Penyaring Saham

Penyaring Saham memaparkan beberapa data di dalam format matawang. Sebagai contoh data harga (seperti Harga Akhir untuk satu simbol) adalah sentiasa dipaparkan di dalam matawang untuk syarikat itu, yang mungkin tidak bersamaan dengan matawang pasaran tempatan. 

Sila ambil maklum bahawa data ini masih belum lagi boleh ditukarkan.

Data kewangan (Permodalan Pasaran, EPS asas, etc.) adalah disenaraikan di dalam matawang pasaran, tetapi boleh mempunyai hingga tiga pilihan pertukaran. 

  1. Matawang simbol: matawang ditetapkan untuk instrumen yang didagangkan oleh syarikat berkaitan (= matawang AKHIR).
  2. Matawang pasaran: matawang untuk pasaran yang dipilih.
  3. USD: nilai-nilai boleh ditukarkan kepada matawang ini pada mana-mana pasaran.

Sebagai contoh, ada beberapa tiker matawang berbeza untuk pasaran UK (ini boleh dilihat pada lajur AKHIR).

1. Untuk menganalisa nilai-nilai kewangan di dalam matawang simbol, anda perlu memilih satu pilihan matawang Simbol, kemudian nilai-nilai AKHIR dan MODAL Pasaran untuk setiap simbol yang akan dipaparkan di dalam simbol matawang yang sama oleh simbol.

2. Pilihan pertukaran kedua di dalam menu Kewangan (GBP di dalam contoh sekarang) menukarkan nilai-nilai kewangan kepada matawang untuk pasaran tempatan (cth. British pound sterling untuk pasaran UK.) 

Ambil maklum bahawa lajur Modal Pasaran adalah dikira semula, manakala lajur AKHIR masih berada di dalam matawang syarikat.

3. Pilihan penukaran ketiga mengira semula nilai-nilai kewangan ke dalam matawang USD (anda boleh menukar nilai-nilai kewangan di dalam mana-mana pasaran kepada dollar US, pilihan ini akan sentiasa menjadi yang terakhir di dalam menu). 

Sila ambil maklum bahawa lajur harga seperti AKHIR adalah masih dipaparkan di dalam matawang syarikat.

Akan tetapi, ada pasaran di mana data kewangan adalah dikira di dalam matawang pasaran untuk semua simbol. Di dalam pasaran ini, hanya ada dua pilihan di dalam menu:

  • Matawang pasaran
  • USD

Sebagai contoh, pasaran Brazilian market.