iBroker: bagaimana untuk mula berdagang dan bagaimana untuk meletakkan pesanan

Anda boleh berdagang menerusi iBroker secara langsung dari carta-carta kami menggunakan samada akaun demo atau langsung anda.

Untuk mula berdagang:

  • Log masuk ke www.tradingview.com dengan menggunakan akaun TradingView anda.
  • Buka satu carta, click on Trading Panel and then click on iBroker.
  • Log masuk menggunakan maklumat akaun iBroker anda. Jika anda tidak mempunyai akaun lagi, anda boleh membuka satu di sini.

Selepas log masuk dengan akaun dagangan iBroker anda, empat tab akan muncul di bahagian bawah: Log Posisi, Pesanan, Ringkasan Akaun dan Notifikasi. Tab Pesanan mempunyai satu penyaring untuk semua status pesanan yang boleh untuk keselesaan anda. Garisan kelabu pada setiap lajur menunjukkan nilai-nilai utama dari Ringkasan Akaun.

Pada bahagian atas kanan Panel Dagangan, ada satu menu dengan tetapan utama untuk dagangan, satu butang untuk memutuskan dagangan dan satu butang untuk memilih broker lain. ID akaun anda dan satu menu lungsur turun untuk bertukar di antara sub akaun juga ada tersedia (jika ianya satu ID pelbagai akaun).

Satu pesanan boleh diletakkan menerusi menu konteks carta atau Panel Dagangan, menu Lebih di dalam carta atau panel Beli/Jual terapung.

Sebaik sahaja tiket pesanan dibuka, anda boleh menetapkan nilai "harga", "renti rugi" and "ambil untung" menggunakan pip atau harga. Anda juga boleh mengira "kuantiti" secara manual atau menggunakan nisbah risiko/untung, dan menetapkan tempoh masa untuk pesanan anda.