Saya ingin melanjutkan langganan semasa saya

Pertama, semak sama ada pengebilan automatik masih aktif. Jika ya, anda hanya perlu menunggu tarikh pembayaran seterusnya. Semuanya akan dilakukan secara automatik.

Kalau anda tidak mahu menunggu, bayar sekarang. Anda boleh melanjutkan langganan anda selama sebulan atau setahun. Buka halaman Go Pro dan klik pada "Lanjutkan".

Kemudian pilih tempoh pengebilan. Perlu diingat, anda akan dicaj dengan serta-merta dan bukannya selepas tamat tempoh langganan semasa anda.

Jika anda melanjutkan langganan anda mengikut kitaran pengebilan yang sama, tiada apa-apa terjadi kecuali untuk hari berbayar akan diubah. Namun demikian, jika anda melanjutkan langganan anda bersama-sama dengan menukar kitaran pengebilan anda, harap maklum akan ada perubahan yang akan berlaku. Selepas ini, anda akan dicaj mengikut tempoh pengebilan baharu.

Langganan yang dibeli melalui aplikasi mudah alih tidak boleh dilanjutkan. Hanya pilihan pembaharuan automatik yang tersedia.