VWAP Auto Anchored

VWAP Auto Anchored adalah satu penunjuk yang memaparkan pengiraan Volume Weighted Average Price untuk satu tempoh masa tunggal ditentukan pengguna. Mekanisma pengiraan umum VWAP dan konsep asa adalah dijelaskan di dalam artikel Pusat Bantuan ini.

VWAP Auto Anchored adalah berbeza dari penunjuk dan lukisan VWAP lain kerana ia diikat kepada permulaan tempoh terakhir yang tersedia pada carta dan ia hanya dipaparkan dari titik itu.

Sila ambil perhatian bahawa penunjuk VWAP Auto Anchored adalah tidak ditulis dalam Pine dan disebabkan itu, tiada cara untuk memeriksa kod sumbernya.

Input

Tempoh Sauh (Anchor Period)

Tempoh Sauh menjelaskan sauh untuk pengiraan VWAP, cth. sebanyak mana pengiraan semula VWAP dan di mana ia bermula. Pilihan yang ada adalah:

 

Auto - Titik permulaan pengiraan VWAP bergantung kepada rangka masa pada carta:

  • "Sesi" pada semua rangka masa intrahari
  • "Bulan" pada semua rangka masa 1H
  • "Suku Tahunan" pada semua rangka masa antara 2H dan 10H
  • "Tahun" pada semua rangka masa antara 11H dan 60H
  • "Dekad" pada semua rangka masa di atas 61H

Tinggi Tertinggi (Highest High) - VWAP bermula pada bar dengan tinggi tertinggi di antara bar X terakhir, di mana X dikhususkan dalam argumen Panjang.

Rendah Terendah (Lowest Low) - VWAP bermula pada bar dengan rendah terendah di antara bar X terakhir, di mana X dikhususkan dalam argumen Panjang.

Volum Tertinggi - VWAP bermula pada bar dengan volum tertinggi di antara bar X terakhir, di mana X dikhususkan dalam argumen Panjang.

Sesi - VWAP bermula pada permulaan sesi harian terakhir.

Minggu - VWAP bermula pada permulaan minggu lepas.

Bulan - VWAP bermula pada permulaan bulan lepas.

Tahun - VWAP bermula pada permulaan tahun lepas.

Suku Tahunan - VWAP bermula pada permulaan suku tahunan lepas (tempoh tiga bulan: Jan-Mac, Apr-Jun, Jul-Sep, Okt-Dis).

Dekad - VWAP bermula pada permulaan dekad lepas.

Abad - VWAP bermula pada permulaan abad lepas.

Pendapatan - VWAP bermula pada bar dengan laporan pendapatan terakhir untuk simbol semasa.

Dividen - VWAP bermula pada bar dengan laporan dividen terakhir untuk simbol semasa.

Pemisahan (Splits) - VWAP bermula pada bar dengan pemisahan terakhir untuk simbol semasa.

Sumber (Source)

Sumber untuk pengiraan VWAP. Secara tradisi, nilai purata bar digunakan sebagai sumber. Secara lalai, sumber adalah hlc3, tetapi hl2 juga pilihan biasa yang lain.

Pilihan ini tidak memberikan kesan kepada pengiraan Tempoh Sauh, cth. sauh Tinggi Tertinggi (Highest High anchor) akan sentiasa membandingkan data ‘tinggi’, tanpa mengira apa yang dipilih sebagai sumber.

Panjang (Length)

Satu tetingkap yang menjelaskan bilangan bar penunjuk akan menganalisa apabila mencari sauh. Terpakai hanya kepada tempoh sauh Tinggi Tertinggi (Highest High), Rendah Terendah (Lowest Low), dan Volum Tertinggi. Cth. dengan tempoh sauh Tinggi Tertinggi dan panjang 100, penunjuk akan mencari 100 bar terakhir untuk bar dengan nilai tertinggi ‘tinggi’ untuk memulakan pengiraan VWAP.

Mod Pengiraan Jalur (Bands Calculation mode)

Menentukan unit yang digunakan untuk mengira jarak antara jalur-jalur. Apabila 'Peratusan' dipilih, satu pengganda 1 bermaksud 1%.

Pengganda Jalur (Bands Multiplier)

Nilai jalur Sisihan Piawai akan digandakan sebelum diplotkan di atas carta.

Ofset

Menukar nombor ini akan menggerakkan VWAP sama ada Ke Depan atau Ke Belakang (Forwards or Backwards), relatif kepada pasaran semasa. Sifar adalah lalai.

Gaya

VWAP

Boleh togol kebolehlihatan VWAP dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai semasa sebenar untuk VWAP. Juga boleh memilih warna Garisan VWAP, ketebalan garisan dan gaya garisan.

Jalur Atas #1-3, Jalur Bawah #1-3 (Upper Band #1-3, Lower Band #1-3)

Boleh togol kebolehlihatan jalur sisihan piawai VWAP dan menetapkan warna dan jenis garisan.

Latar Belakang (Background)

Boleh menukar sama ada mengisikan ruang antara jalur sisihan piawai dan menukar warna.

Ketepatan (Precision)

Menetapkan bilangan titik perpuluhan yang tinggal pada nilai penunjuk sebelum pembundaran. Semakin tinggi nombor ini, semakin banyak titik perpuluhan akan ada pada nilai penunjuk.