Corak Carta Segitiga

Sila ambil maklum bahawa maklumat mengenai sasaran harga yang dijangka yang diberikan oleh Corak Carta Automatik bukanlah satu cadangan untuk apa yang anda perlu lakukan secara peribadi. Jangan gunakan data ini sebagai nasihat pelaburan. Ia hanya boleh digunakan sebagai pendidikan dan penyelidikan. Seperti mana-mana dagangan, sentiasa lihat dahulu kemudian lompat.

Satu segitiga adalah satu corak yang tidak jelas yang boleh menandakan satu kenaikan dan satu kejatuhan dalam harga. Tingkatan harga sasaran bergantung kepada arah mana harga memecah corak ini. Adalah dijangka selepas pemecahan corak berlaku, harga akan bergerak hampir sama tinggi dengan ketinggian asas segitiga dalam arah pemecahan keluar.

Penunjuk mencari corak dalam 600 bar terakhir. Corak ini mengandungi garisan yang mewakili pergerakan harga (Garisan Harga) dan garisan yang membentuk satu segitiga (Segitiga). Titik permulaan dan pengakhiran untuk setiap garisan harga adalah dalam pangsi 5/5. Pemecahan keluar corak ini adalah ditetapkan dengan nilai tutup. Persimpangan garisan untuk segitiga dengan nilai tutup dalam selang di antara titik 1 dan 5 adalah tidak dibenarkan. Di dalam mod Dalam Proses, penunjuk mencari bukan sahaja corak yang telah terjadi, tetapi juga yang baru bermula. Dua titik akhir untuk satu corak mungkin tidak berada dalam pangsi dan garisan harga akhir akan dipaparkan dalam bentuk bertitik.


Garisan bertitik mendatar yang berakhir dengan label Sasaran menunjukkan tingkatan harga yang dijangka selepas corak terbentuk. Jika corak tidak pecah, penunjuk akan melukis 2 garisan itu –  setiap satu untuk setiap arah. Selepas pemecahan keluar hanya garisan dalam arah pemecahan keluar akan kekal. Apabila bar-bar baru muncul, garisan akan dipanjangkan ke kanan sehingga bar terakhir, sehinggalah status corak berubah dari Menunggu kepada yang lain. Label panduan alat (tooltip) menunjukkan harga dan status terkini untuk corak. Apabila status berubah, warna label juga berubah. Ada 4 status secara keseluruhannya:

  • Menunggu. Segitiga tidak pecah dan harga masih belum mencapai tingkatan sasaran pada arah pemecahan dan masih belum melepasi titik balikan terakhir pada segitiga.
  • Dicapai. Harga memecah keluar menerusi satu garisan segitiga dan mencapai sasaran di dalam arah yang sama.
  • Gagal. memecah keluar menerusi satu garisan segitiga dan tidak mencapai sasaran, pergi lebih tinggi dari titik balikan akhir kepada arah pemecahan.
  • Tidak dapat ditentukan. Penunjuk tidak dapat menentukan status corak.

Jika penunjuk bertemu dua corak yang bersilang, pemilihan akan diberikan kepada yang mempunyai status Menunggu. Jika status corak yang bertemu ialah Gagal atau Dicapai atau status kedua-duanya adalah Menunggu, corak yang lebih besar akan dipaparkan di atas carta. Satu corak dengan status Tidak dapat ditentukan akan dipadamkan jika ia bersilang dengan satu corak yang mempunyai status berbeza.

Pemberitahuan:

  • Corak Baharu. Tercetus apabila satu corak baharu muncul pada carta. Corak dikira sebagai baharu jika ia telah menukar posisi titik 1,2 atau 4.
  • Pecahan Keluar Corak. Ia tercetus apabila satu bar telah menutup di luar segitiga muncul. Jika ada satu pecah keluar pada garisan yang sama di mana titik akhir corak terletak, dan dalam kes di mana satu kegagalan usaha membina semula titik 5, pemberitahuan ini akan tercetus pada pembinaan semula balikan jika tiada lebih dari 5 bar muncul selepas pecah keluar (breakout).

Input

  • Corak - Menentukan corak yang mana akan dilukis berdasarkan kepada status. Nilai-nilai mungkin: Semua, Menunggu dan Dicapai, Hanya Menunggu, Menunggu Akhir. Jika Menunggu Akhir dipilih, hanya satu corak dengan status Menunggu akan dipaparkan, titik pertama yang diletakkan di bahagian kanan yang lain.
  • Sasaran Harga - Menentukan sasaran harga yang mana akan dilukis berdasarkan kepada status corak. Nilai-nilai mungkin: Semua, Hanya Menunggu, Menunggu dan Dicapai, Tiada. 
  • Sisihan Dibenarkan - Sisihan maksimum dibenarkan untuk titik 3 dari garisan sepadan. Ia dikira sebagai satu peratusan jarak antara garisan segitiga pada bar yang sama di mana titik 3 terletak.
  • Dalam Proses - Mencari corak-corak yang akan berkembang.