Bagaimanakah Perubahan dan % Perubahan dikira di dalam senarai amatan?

Ini adalah perubahan dan % perubahan dari bar harian sebelumnya. Data dalam senarai amatan telah ditetapkan pada selang 1D secara asalan, jadi nilai perubahan dan % perubahan juga dikira dalam selang 1D.

Jika anda melihat pada koin kripto yang didagangkan pada pertukaran berbeza, anda perlu ingat bahawa pertukaran mungkin beroperasi pada zon masa berbeza juga (UTC, UTC+8, dll). Anda boleh melihat jadual pertukaran di dalam info simbol untuk instrument tertentu.