Volum 24 jam

Definisi

Volum adalah satu jumlah aset didagangkan di dalam satu tempoh masa tertentu. Penunjuk Volum 24jam adalah digunakan untuk mengukur jumlah volum untuk satu simbol yang didagangkan di dalam 24 jam lepas, ditunjukkan di dalam bentuk matawang. Ia boleh digunakan untuk mengukur minat pasaran di dalam satu simbol tertentu.

Pengiraan

Untuk mengira volum 24 jam, penunjuk menggunakan data dari pelbagai rangka masa; rangka masa dipilih bergantung kepada rangka masa pada carta utama:

Rangka masa carta

Rangka masa digunakan untuk pengiraan

kurang dari 1D

1

1D - 1W

5

lebih dari 1W

60

Penunjuk mengira jumlah volum untuk bar-bar X terakhir pada rangka masa lebih rendah, di mana X adalah nombor bar yang dibuka pada 24 jam lepas. Penunjuk bekerja dengan jam kalendar tanpa mengira sesi simbol, jadi tidak ada dagangan lepas dalam 24 jam atau lebih (cth, pada bar pertama Isnin pada satu simbol yang hanya didagangkan pada hari-hari perniagaan), volum 24 jam boleh bersamaan dengan data volum biasa.

Penunjuk selalu memaparkan volum 24 jam ditukarkan kepada matawang dipilih di dalam input penunjuk. Ini bermakna bahawa, jika pertukaran memberikan data volumnya dalam matawang asas (cth., apabila untuk BTCUSD, volum mewakili bilangan BTC didagangkan), penunjuk Volum 24 jam menukarkan volum asas kepada volum matawang dengan mendarab volum dengan harga pada carta. Input 'Sumber Harga' boleh digunakan untuk memilih nilai carta tertentu yang akan digunakan untuk penukaran ini.

Volum boleh ditukarkan secara tambahan kepada satu matawang yang berbeza daripada yang di dalam carta. Ini boleh dilakukan dengan menukar input 'Matawang Sasaran' dari Lalai kepada satu matawang berbeza.

Apa yang perlu dilihat

Volum 24 jam adalah satu metrik digunakan untuk menjejak satu jumlah nilai untuk semua transaksi matawang kripto dalam satu tempoh 24 jam. Ia boleh digunakan untuk mengukur minat pasaran di dalam simbol tertentu dan kesihatan keseluruhannya. Satu volum 24 jam tinggi bermaksud adanya permintaan tinggi untuk simbol dan ianya adalah sihat dan berdaya maju. Satu volum 24 jam rendah mungkin menunjukkan simbol adalah tidak sepopular yang lain.

Inputs


Sumber Harga

Menyatakan sumber harga digunakan untuk menukar volum asas kepada volum matawang, jika perlu.

Matawang Sasaran

Menetapkan matawang yang volum 24 jam akan gunakan. Pilihan yang ada: Lalai, USD, EUR, CAD, JPY, GBP, HKD, CNY, NZD, RUB.