Apakah mod ujian belakang Pembesar Bar
Anda boleh mendapatkan isian pesana lebih realistik dalam ujian belakang strategi anda dengan menggunakan pilihan "Pembesar Bar". Alat ini menggunakan pemeriksaan bar intra untuk mendapatkan pandangan lebih granular pada pergerakan harga di dalam satu bar untuk isian pesanan lebih tepat.
Apabila diaktifkan, mod Pembesar Bar menjadikan pelagak broker (broker emulator) hanya menggunakan nilai OHLC untuk bar sejarah dan tidak mengandaikan bagaimana harga digerakkan.
Rangka masa bar intra digunakan dengan Pembesar Bar secara dinamiknya berubah dengan rangka masa carta. Senarai ini menyenaraikan rangka masa bar intra yang digunakan untuk rangka masa carta yang meningkat naik secara berterusan.
Di sini ada satu contoh strategi yang menggunakan pesanan henti tanpa menggunakan pilihan Pembesar Bar.
//@version=5
strategy("bar_magnifier_demo", overlay = true, use_bar_magnifier = false)
if bar_index == 10381
strategy.entry("Long", strategy.long, stop = 157.0)
strategy.exit("Exit", stop = 156.0)
Pelagak broker meletakkan satu pesanan henti pada bar #10381 dan memenuhi satu pesanan dengan harga 157.0 pada bar seterusnya sebaik sahaja keadaan stop = 157.0 dipenuhi. Pelagak broker menganggarkan bahawa di dalam bar itu, harga bergerak dari “tutup” ke “rendah”, kemudian ke “tinggi” (mencetuskan kemasukan), kemudian kepada “tutup”. Selepas beberapa bar (11 hari untuk rangka masa terkini), keadaan untuk keluar dari posisi dengan stop price = 156.0 tercetus.

Apabila Pembesar Bar diaktifkan (parameter use_bar_magnifier = true), harga keluar dan masuk adalah tidak berubah; tetapi, keluar dari posisi berlaku di dalam bar yang sama di mana masuk terjadi.
//@version=5
strategy("bar_magnifier_demo", overlay = true, use_bar_magnifier = true)
if bar_index == 10381
strategy.entry("Long", strategy.long, stop = 157.0)
strategy.exit("Exit", stop = 156.0)

Jika kita memeriksa rangka masa carta lebih rendah untuk simbol yang sama (satu carta 60 minit, bergantung kepada senarai rangka masa bar intra) dan menjumpai julat masa sepadan dengan bar 10382, kita boleh nampak pada rangka masa jam, selepas mencapai 157.0 dan mencetuskan kemasukan, harga turun bawah 156.0, memenuhi keadaan stop = 156.0.

Dengan Pembesar Bar diaktifkan, pelagak broker mendapat akses kepada perubahan harga dari rangka masa lebih rendah pada masa ujian belakang, menjadikan perlakuannya lebih hampir kepada apa yang mungkin terjadi pada ujian kehadapan strategi untuk tempoh masa yang sama.
Untuk mengaktifkan pilihan Pembesar Bar, togol input berkaitan di dalam tetingkap strategi “Tetapan/Sifat”.

! Nota: Strategi tidak boleh memohon lebih daripada 200,000 bar dari rangka masa lebih rendah.
Untuk simbol-simbol dengan banyak data sejarah (di mana Num of Bars on the Chart * Num of Lower Timeframe Bars per Chart Bar > 200,000), dagangan pertama pada carta mungkin tidak akan terjejas dengan pembesar bar.
Bilangan bar-bar, bermula dari akhir carta, yang boleh terkesan dengan Pembesar Bar boleh dikira secara kasar menggunakan formula ini.
last_bar_index - (200000 / Num of Lower Timeframe Bars per Chart Bar)
Nilai terhasil adalah satu anggaran kasar, kerana bilangan bar-bar rangka masa lebih rendah boleh berbeza dari satu bar ke satu bar yang lain.
Juga baca:
- Ulangan Bar: Bagaimana dan mengapa untuk menguji strategi pada masa yang telah berlalu
- Asas analisis teknikal
- Pengenalan kepada analisis asas
- Bagaimana untuk berdagang di TradingView
- Dagangan Kertas - kefungsian utama