Versi web TradingView tanpa ragu-ragu merupakan salah satu daripda platform atas talian terbaik untuk mempelajari mengenain pasaran dan analisa teknikal. Ia tersedia dalam semua pelayan moden pada semua peranti, dari telefon mudah-alih kepada desktop. Jadi apakah keperluan menggunakan Atas Meja TradingView?
Atas Meja TradingView ialah satu pelayar juga tetapi dicipta khas untuk TradingView. Ia direkabentuk untuk menambahkan platform TradingView dengan ciri-ciri atas meja sahaja yang tidak tersedia dengan pelayar “biasa” anda.
Beberapa kebaikan Atas Meja TradingView dapat dilihat terus selepas dilancarkan. Ia memberikan anda ruang sendiri untuk semua tab-tab TradingView anda untuk memastikan tiada siapa akan sesat dalam begitu banyak tab-tab dalam pelayar anda. Anda juga boleh nampak bahawa dalam Atas Meja TradingView, terdapat lebih banyak ruangan skrin daripada di pelayar, kerana tiada bar alamat dan perkara-perkara lain yang tidak diperlukan untuk kerja anda.
Ciri-ciri lain untuk aplikasi ini yang tidak begitu jelas ada di dalam senarai ini.
Anda boleh memuat turun Atas Meja TradingView di pautan ini. Jangan gunakan sumber lain di internet untuk mendapatkannya.
Atas Meja TradingView boleh dipasang pada Windows, macOS Intel&M1, dan Linux. Pelajari lebih lanjut mengenai keperluan sistem di dalam artikel ini.