Perbezaan antara langganan profesional dan bukan profesional
Kami membezakan antara pengguna bukan profesional dan profesional untuk mengawal selia penggunaan data pasaran dan alatan TradingView.
Penggunaan profesional adalah berkaitan dengan aktivit perniagaan umum di mana data pasaran digunakan untuk melakukan keputusan pelaburan bagi pihak majikan atau terbabit di dalam dagangan antara perniagaan atau entiti.
Selain daripada di atas, mana-mana pengguna yang mendaftar dengan badan kawal selia kewangan (cth. FINRA, NFA, CSA dll) juga dikira sebagai profesional.
Penggunaan bukan profesional mengandaikan pengguna berkenaan menggunakan TradingView dan data pasaran hanya untuk keputusan pelaburan peribadi mereka.
Jika anda memesan pelan TradingView atau langganan data pasaran sebagai "bukan profesional", anda perlu mengesahkan yang berikut:
- Anda adalah individu (orang biasa), bukan syarikat, amanah, organisasi, institusi, rakan kongsi atau apa-apa jenis entiti perniagaan.
- Anda hanya akan menggunakan data pasaran untuk kegunaan peribadi, bukan untuk perniagaan anda atau entiti lain.
- Anda tidak berdaftar atau berkelayakan dengan Securities Exchange Commission (SEC) atau Commodities Futures Trading Commission (CFTC).
- Anda tidak berdaftar atau berkelayakan dengan mana-mana agensi sekuriti, mana-mana bursa sekuriti, persatuan atau badan kawal selia di mana-mana negara.
- Anda tidak melakukan apa-apa perkara yang sama seperti kepada yang memerlukan seseorang individu untuk mendaftar atau berkelayakan dengan SEC, CFTC, mana-mana agensi sekuriti, mana-mana bursa sekuriti, atau persatuan atau badan kawal selia, atau mana-mana pasaran kontrak komoditi atau hadapan, atau persatuan atau badan kawal selia.
- Anda tidak terbabit sebagai seorang penasihat pelaburan (seperti terma yang dijelaskan dalam Seksyen 202 (a) (11) dalam Investment Advisor's Act of 1940) atau pengurus aset dan anda tidak terbabit dalam memberikan nasihat pelaburan kepada mana-mana individu atau entiti.
- Anda tidak melanggan kepada perkhidmatan atas kapasiti anda sebagai prinsipal, pegawai, rakan kongsi, pekerja, atau agen untuk mana-mana perniagaan atau bagi pihak individu lain.
- Anda menggunakan modal anda sendiri, yang tidak dibekalkan oleh mana-mana individu atau entiti dalam menjalankan dagangan anda.
- Anda tidak melakukan dagangan untuk satu perbadanan, perkongsian, atau entiti lain.
- Anda tidak memasuki mana-mana perjanjian untuk berkongsi keuntungan dari aktiviti dagangan anda atau menerima pampasan untuk aktiviti dagangan anda.
- Anda tidak menerima ruangan pejabat, peralatan atau kemudahan lain sebagai pertukaran untuk dagangan anda atau kerja sebagai seorang perunding kewangan kepada mana-mana individu, firma atau entiti perniagaan.
Maklumat ini juga terkandung dalam Article 10 pada Terma Penggunaan. Secara ringkas, kami juga menyediakan jadual ini:
Profesional Sekuriti | Nama pada perjanjian pelanggan | Penggunaan | Status |
Profesional Sekuriti atau Disifatkan Profesional Sekuriti | Pertubuhan atau Individu | Tujuan perniagaan atau tujuan peribadi | Profesional |
Profesional bukan sekuriti | Pertubuhan | Tujuan perniagaan atau tujuan peribadi | Profesional |
Profesional bukan sekuriti | Individu | Tujuan perniagaan | Profesional |
Profesional bukan sekuriti | Individu | Tujuan peribadi | Bukan Profesional |
Jika anda tidak mengesahkan kesemua syarat di atas, anda adalah pengguna profesional. Dan ini bermaksud anda memerlukan pelan profesional.
Pelan Ultimate kami direka khusus untuk pengguna profesional (komersil). Selain daripada keupayaan untuk melanggan pakej data untuk pengguna profesional menurut kepada peraturan pelesenan dan kadar bursa, pelan ini menawarkan pelbagai ciri-ciri gred institusi.
Pengguna bukan profesional juga boleh membeli Ultimate jika mereka mahukan keupayaan platform maksimum.
Untuk mengetahui lebih mengenai cirinya, sila lawati halaman Harga kami.
Bagaimana menukar status pelanggan
Status pelanggan boleh diubah pada Tetapan dan pengebilan anda → halaman Status pelanggan pdengan mengklik pada butang 'Kemas kini':

Juga baca: